Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday 18 January 2012

Susu ku merundum...

Apa yang boleh aku cakapkan sekarang ialah tersangatlah sibuk dengan kerja... Entry pergi I-City sampai sekarang tak upload2 lagi... Tapi kali ni aku nak upload entry berkenaan dengan aku pulak... Thaqif sekarang sihat walafiat & sangat aktif... Pantang terlepas meniarap laju sungguh & siap panjat2 sofa lagi... Sebenarnya Thaqif ada kena demam lagi untuk kali ke 3 cuma aku rasa tak perlu nak cerita sangat... Thaqif kena demam pada 28.12.2011 (kebetulan hari Thaqif check up untuk 9 bulan)... Teruk jugak masa tu, tapi apa pun aku bersyukur Thaqif demam tak lama... Masa tu aku cuma berdoa supaya Thaqif cepat sembuh... Aku memohon agar Thaqif akan lebih sihat & aktif sentiasa...

Ok berbalik pada cerita yang aku nak sampaikan... 2 minggu lepas aku dijangkiti demam panas... Masa tu rasa tak berdaya sangat... Kesian pada Thaqif sebab dia aktif nak bermain tapi aku betul2 tak larat nak menjaganya... Aku berterima kasih pada suami aku yang membantu aku untuk menjaga & bermain dengan Thaqif... Lama jugak aku demam & rasanya lebih dari 3 hari... Dugaan bermula masa aku demam... Kerana demam aku tak larat nak pump... Biasanya kalau hari cuti aku akan pump di waktu pagi tapi kerana demam aku tak pump... Bila aku dah mula sihat sedikit ku dapati susu ku merundum... Biasanya di waktu kerja aku boleh dapat dalam 16 oz tapi di waktu demam aku cuma dapat 12 oz & itupun setelah berhempas pulas...

Masa tu hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan aku... Stok pun cuma tinggal dalam 9 botol... Perjalanan aku pula masih jauh & aku berharap sangat dapat menyusukan anak aku sehingga 2 tahun (jika boleh aku mahu lebih dari itu)... Masa tu memang risau & tak tahu nak buat apa... Macam2 aku makan untuk banyakkan susu tapi hampa... Walauapapun aku tetap tak putus asa... Aku tetap berdoa & mencari jalan keluar terhadap masalah aku ni....

Akhirnya masalah aku beransur selesai... Mujur ada rakan pejabat yang bermurah hati memberikan tips untuk kembalikan susu... Terima kasih pada Kak Dina yang menyuruh aku menambah sesi pump... Sebelum ni hanya 3x pump tapi aku tambah 2x sesi lagi untuk mengembalikan susu kepada keadaan asal... Tak lupa juga kepada Cikgu Azleen (http://www.cikguazleen.com/) yang mengajar aku bagaimana nak kembalikan susu dengan menggunakan kaedah power-pumping... Kalau korang nak baca kaedah ni boleh baca di blog Cikgu Azleen (http://www.cikguazleen.com/alam-keibuan/2012/cara-memperbanyakkan-susu-ibu.html)...

Alhamdulillah berkat doa & usaha susu aku kembali pulih... Dalam sehari waktu bekerja aku dapat hasil dalam 18 ke 20 oz (extra dalam 1/2 ke sebotol sehari)... Mungkin x berapa banyak jika dibandingkan dengan orang lain tapi aku tetap bersyukur kerana dapat memberikan susu ku kepada Thaqif... Walauapapun dugaannya aku tetap tabah & terus berusaha... Aku mohon pada ALLAH s.w.t agar pengeluaran susu ku berjalan lancar & cukup untuk menampung keperluan Thaqif... InsyaALLAH...

No comments:

Post a Comment