Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday 31 August 2011

Hari ke 4 Thaqif makan...

Kami masih belum puas merakamkan aksi putera kami menjamah makanan... Oleh itu aku upload lagi entry Thaqif diberi makanan... Setakat ni menu sama sebab tak sempat beli sayur2 lain... Nak ajar makan ikan awal lagi... Maybe lepas seminggu dua ok kot... Masa ni Thaqif dah suka makan... Nak kena cepat bagi makan kalau tak Thaqif nangis... Lagi satu Thaqif akan nangis biler dah kenyang sebab Thaqif nak tido... hihihihi



 ~ Thaqif dah suka makan... :) ~
~ Nangis sudah... :D ~

Tuesday 30 August 2011

Hari ke 3 Thaqif makan...

Hari ni adalah hari ke 3 Thaqif makan... Thaqif dah boleh menerima makanan sikit2 & jumlah yang dimakan pun lebih sikit... Menu kali ni lebih kurang sama... Cuma aku gantikan ikan bilis dengan ayam... Ikan bilis ok cuma bila aku rasa, bubur tu rasa macam kesat... Suami aku pun cakap macam tu... Dah puas aku basuh & rendam... Rasanya tetap sama... Jadi kami buat keputusan gantikan dengan ayam... Alhamdullillah setakat ni Thaqif boleh terima dan tak alah... 

 ~ Bersedia untuk makan ~





~ Pelbagai aksi yang ditunjukkan ~
 ~ Ini tandanya Thaqif suka makan sebab ibu masak sedap ~
 ~ Burppp... Kenyang sudah... ~
~ Lepas makan mesti menyusu pastu titon lah...~

Monday 29 August 2011

Sembilan (9) oz ler... :D

Raya kali ni aku balik awal sikit sebab cuti lama... Semua storage utk simpan susu & pump awal2 lagi aku dah siapkan... Kebiasaannyer kalu cuti aku akan bagi Thaqif direct menyusu cuma subuh sahaja aku akan pump... Sebab Thaqif masih tidur & nak buat stok... Alhamdulillah aku pump dapat 9oz dalam masa lebih kurang 45 minit... Memang agak lama masa tu tapi aku guna pump manual bukan elektrik... Jadi rasanya memang berbaloi ler... Kalu pump elektrik memang cepat... Walauapapun aku tetap bersyukur dengan pump manual AVENT kesayangan ku itu... Banyak berjasa tu sehingga aku tak mengenal lagi erti penat & lenguh... Sepanjang berada kat kampung aku dapat buat stok dalam 5 botol (5oz setiap botol)... Kalau ikutkan lagi banyak tapi aku kena bagi Thaqif nyusu guna botol sebab raya ramai orang datang... So, tak sempat nak bagi direct sebab banyak keje nak buat... Tapi aku tetap luangkan masa untuk nyusukan Thaqif secara direct...


~ Masa ni hari terakhir kita berpuasa sebelum raya menjelma... hihihi ~

Sunday 28 August 2011

Hari pertama Thaqif makan...

Kalau ikutkan aku nak ajar Thaqif makan bila genap usia 6 bulan tapi disebabkan cuti raya panjang aku terpaksa ajar Thaqif makan cepat... Itu jer masa yang dapat aku ajar... Sekurang2nya aku & suami adalah orang pertama yang melihat gelagat Thaqif menjamah makanan... Kami ajar Thaqif makan di usia 5 bulan 3 minggu... Hari pertama Thaqif makan sikit jer sebab pertama kali mengenal makanan... Kelakar jugak kami tengok gelagat Thaqif... Walauapapun ini adalah kenangan terindah bagi kami berdua... 

Menu pertama aku masakkan bubur (nasi + ikan bilis + kentang + karot) untuk Thaqif... Aku ingin dia menjamah makanan pertama dari air tangan ibunya sendiri... 

~ Nasi + ikan bilis + kentang + karot ~
~ Aksi Thaqif sebelum makan~








~ Aksi Thaqif bila diberi makan... Macam2 ada... Mula2 payah gak nak terima... :) ~
~ Titon sudah... Anak ibu dah kenyang... 1st time makan sikit aja... ~

Sunday 21 August 2011

Shopping Hari Raya With Abah & Ibu @Mid Valley

Tak sabar rasanya menanti ketibaan Hari Raya... Tahun ni adalah tahun ke 2 aku beraya sebagai seorang isteri... Dan yang paling menggembirakan tahun ni adalah tahun pertama aku & husband aku berhari raya sebagai abah & ibu kepada anak kami Muhammad Thaqif Zihni... Seronoknye usah cerita ler... Tak sabar sungguh nak tengok anak aku pakai baju melayu... Nak snap gambar raya... Nak makan ketupat & rendang... Nak berjalan rumah sedara-mara... 

Hari Raya ni Thaqif dah 5 bulan 3 minggu... Dah besar dah anak ibu... Rasanya raya ni raya yang paling seronok sebab aku dah jadi ibu... :) Setiap bulan kami akan shopping baju raya untuk Thaqif... Nanti bila time raya tak banyak sangat keluar duit sebab dah beli setiap bulan... Sebelum raya ni kami tetap shopping lagi baju Thaqif... Kami beli 3 helai t-shirt & 2 helai romper... Rasanya t-shirt Thaqif dah berbelas2 helai dalam almari... Seluar ada dalam 6 helai... Masa gi Mid Valley ni kami carik gak seluar tapi tak berkenan... 

Selain tu kami beli blender makanan & mangkuk + sudu makan utk Thaqif... Kami bercadang nak ajar Thaqif makan cuti raya ni... Masa tu Thaqif 5 bulan 3 minggu... Seminggu je lagi Thaqif 6 bulan... Kami ajar cepat sebab masa tu jer cuti lama... Takper lah cuma kurang seminggu... Tak sabar nak tunggu macamana reaksi Thaqif bila makan nanti... Husband aku siap cakap nak snap setiap step bila aku bagi Thaqif makan nanti... 

Tunggu entry aku yang terbaru yer... Selamat Hari Raya semua...

 ~ Time ni g shopping gak tapi kat Butik Manjaku, Bangi ~
  ~ Teruja tengok kasut... Seboleh2 nak capai...~
  ~ Dah sampai kat Mid Valley dah... ~


   ~ Muka happy ~
   ~ Masa untuk tidur yer ~
   ~ Uik Thaqif tak ready lagi ~
   ~ Thaqif & ibu (white team lagi) ~
   ~ Thaqif & luvly abah ~
   ~ Blender & mangkuk + sudu (persiapan sebelum Thaqif start makan) ~
   ~ 3 helai t-shirt Mother Care (butik kesukaan ibu) ~
  ~ 2 helai romper & t-shirt from F.O.S (murah jer 3 helai RM30) ~

Saturday 20 August 2011

Thaqif (5 bulan ++)

Thaqif dah besar!!! Anak ibu semakin hari semakin bijak... Comel sesangat... Dah pandai marah terutama masa menyusu bila ibu pandang tempat lain & tak tumpukan perhatian kat Thaqif... Dah pandai merajuk terutama merajuk dengan abah... Bila abah panggil Thaqif tak mahu pandang... Itu tandanya anak ibu merajuk dah... Bila ibu nak pegi keje & masa tu Thaqif menyusu, ibu akan cakap baik2 pada Thaqif ibu nak pegi keje nanti ibu lambat... Ibu cakap nanti sambung semula nyusu guna botol... Tak lama lepas tu perlahan jer Thaqif lepaskan & sambung tidur semula... :) Dah pandai salam bila ibu & abah hulur tangan... Biasa cium tangan tapi Thaqif jilat :D... Dah pandai hulur tangan & melonjakkan badan bila ibu hulur tangan nak dukung... Dah pandai tengok ibu & abah makan, siap telan air liur... Kalau dengar azan kat tv mata tak berkelip2 & tumpukan sepenuh perhatian... Ibu selalu cakap itulah azan pertama yang Thaqif dengar masa Thaqif dilahirkan di dunia ni & diazankan oleh abah tercinta... Dah pandai tengok cite Upin & Ipin dengan sepenuh perhatian... Ibu & abah pun tumpang sekaki... Bila Thaqif menyusu ibu akan bertasbih untuk tidurkan Thaqif, Thaqif akan berhenti menyusu & renung muka ibu... Selepas tu Thaqif akan sambung menyusu semula kemudian baru Thaqif tidur... Bila tiba waktu malam ibu akan baring untuk tidurkan & nyusukan Thaqif... Ibu baringkan Thaqif dulu & bila ibu baring jer, terus Thaqif pusing mengadap ibu sebab dah siap sedia nak menyusu... Pandainya anak ibu, xsabar2 nak menyusu yer... Hari demi hari Thaqif dah pandai buat macam2 gelagat... 

Sesungguhnya Thaqif adalah kurnia ALLAH yang paling bernilai buat ibu & abah... Kehadiran Thaqif dalam hidup kami mengubah segalanya... Ibu & abah sanggup berkorban apa sahaja walaupun nyawa sebagai galang gantinya... Kepada ALLAH s.w.t, aku panjatkan kesyukuran kepada Mu di atas kurniaan yang berharga ini... Semoga Kau jadikan permata kami ini anak yang soleh & berbudi pekerti mulia.... AMIN










~ Gelagat Muhammad Thaqif Zihni di usia 5 bulan 2 minggu ~