Sunday, 21 August 2011

Shopping Hari Raya With Abah & Ibu @Mid Valley

Tak sabar rasanya menanti ketibaan Hari Raya... Tahun ni adalah tahun ke 2 aku beraya sebagai seorang isteri... Dan yang paling menggembirakan tahun ni adalah tahun pertama aku & husband aku berhari raya sebagai abah & ibu kepada anak kami Muhammad Thaqif Zihni... Seronoknye usah cerita ler... Tak sabar sungguh nak tengok anak aku pakai baju melayu... Nak snap gambar raya... Nak makan ketupat & rendang... Nak berjalan rumah sedara-mara... 

Hari Raya ni Thaqif dah 5 bulan 3 minggu... Dah besar dah anak ibu... Rasanya raya ni raya yang paling seronok sebab aku dah jadi ibu... :) Setiap bulan kami akan shopping baju raya untuk Thaqif... Nanti bila time raya tak banyak sangat keluar duit sebab dah beli setiap bulan... Sebelum raya ni kami tetap shopping lagi baju Thaqif... Kami beli 3 helai t-shirt & 2 helai romper... Rasanya t-shirt Thaqif dah berbelas2 helai dalam almari... Seluar ada dalam 6 helai... Masa gi Mid Valley ni kami carik gak seluar tapi tak berkenan... 

Selain tu kami beli blender makanan & mangkuk + sudu makan utk Thaqif... Kami bercadang nak ajar Thaqif makan cuti raya ni... Masa tu Thaqif 5 bulan 3 minggu... Seminggu je lagi Thaqif 6 bulan... Kami ajar cepat sebab masa tu jer cuti lama... Takper lah cuma kurang seminggu... Tak sabar nak tunggu macamana reaksi Thaqif bila makan nanti... Husband aku siap cakap nak snap setiap step bila aku bagi Thaqif makan nanti... 

Tunggu entry aku yang terbaru yer... Selamat Hari Raya semua...

 ~ Time ni g shopping gak tapi kat Butik Manjaku, Bangi ~
  ~ Teruja tengok kasut... Seboleh2 nak capai...~
  ~ Dah sampai kat Mid Valley dah... ~


   ~ Muka happy ~
   ~ Masa untuk tidur yer ~
   ~ Uik Thaqif tak ready lagi ~
   ~ Thaqif & ibu (white team lagi) ~
   ~ Thaqif & luvly abah ~
   ~ Blender & mangkuk + sudu (persiapan sebelum Thaqif start makan) ~
   ~ 3 helai t-shirt Mother Care (butik kesukaan ibu) ~
  ~ 2 helai romper & t-shirt from F.O.S (murah jer 3 helai RM30) ~

No comments:

Post a Comment