Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday 24 November 2011

Bila saya sudah besar...

Saya sudah besar!!! Mungkin tu ler ayat yang akan Thaqif cakap kalau dia dah bijak berkata2... :) Tapi aku dapat rasakan Thaqif dah besar & bijak bila tengok semua gambar2 kat bawah ni... Teruja sungguh nak tunggu Thaqif dah pandai berjalan & bercakap... Tak sabar2 nak tunggu saat tu... Husband aku pun tak sabar2 nak tunggu saat tu... Macamana ler agaknya Thaqif masa tu nanti yer...

Kebetulan hujung minggu yang lepas kat Mid Valley ada 2nd Maternity & Children Expo, seperti biasa kami takkan lepaskan peluang... Walaupun duit tak berapa nak banyak tapi boleh ler beli sikit2 barang Thaqif sebab masa tu harga murah dari biasa... Dapat ler beli ice pack, sabun basuh baju, pencuci botol, wet tissue & puting botol Thaqif... Kami berjalan pun kejap jer sebab penuh sangat dengan orang... Kesian kat Thaqif letih & ngantuk lagi... Sempat jugak ibu carik tempat nak nyusukan Thaqif & tak lama lepas tu terus tidur... 

Sambil berjalan sempat bergambar... Macam2 aksi Thaqif aku rakamkan... Tak cukup kat Mid Valley kat rumah pun aku sibuk jadi tukang ambik gambar... Hasilnya sangat memuaskan... Aksi2 di bawah ni le menunjukkan Thaqif dah besar & sangat2 bijak... Jom layan gambar2 anak bujang manja aku ni...
 Muka terkejut sebab tetiba jer ibu snap gambar...
Baru sampai kat Mid Valley & bersiap sedia nak cuci mata...
 Ibu sibuk gak nak interprame sama...
 Alala tomeinya anak ibu ni...
Thaqif & geng baru - RAINBOW

Nak tahu kenapa nama geng baru RAINBOW???
Nanti ibu ceritakan yer...




  Wajah riang ria kekasih hati ibu...
Tak susah pun nak buat Thaqif gelak cuma agah sikit jer...
Terus gelak mulut lebar sampai telinga...
 Pose yang ibu rasa makin menyerlahkan kecomelan Thaqif... :)














 Bila Thaqif dah sangat pandai pegang botol sendiri ni ler jadinya...
Kekadang tu bukan nak minum sangat tapi nak main2 jer... :)
Tongang terbalik botol tu dikerjakan Thaqif...
Memancut2 air keluar...
Macam2 aksi ada & ibu takkan jemu nak rakamkan aksi Thaqif tu yer...


 Wajah2 teruja jumpa kereta mainan & kuat betul Thaqif pegang stereng...
Tak masuk duit pun eksyen jer lebih (sebab xde syiling)... Hihihihi
 Kami dah sampai kat 2nd Maternity & Children Expo...
Masa untuk shopping... :)
 Seperti biasa kalau penat berjalan Thaqif akan nyusu & terus tidur...
Kami letakkan Rainbow supaya Thaqif peluk tapi Thaqif xnak...
Thaqif lebih berkenan kat BOBO... 
Kesian Rainbow!!!

Comelnya anak ibu tidur... 
Muncung tu tetap comel... :)

 Kat rumah dah ni...
Thaqif tengah tergolek2...
 Thaqif tengah tergolek kat abah...
Tengok kaki tu selamba jer kat muka abah...
Bertuah betul anak ibu ni...
 Ni pulak aksi terkangkang...
Walaupun kurang sopan tapi comel sangat...
Ibu suke !!!
 Thaqif kena tangkap dengan abah...
Tu le kacau abah tengah tido...
 Cuba melepaskan diri...
Dah hampir berjaya yer...
 Hip hip hooray... 
Thaqif dah berjaya melepaskan diri... :)
 Aksi yang baru dapat...
Sembur air liur...
Ibu sangat suka gambar ni...
Cute sangat ibu rasa...
Thaqif buat apa pun tetap cute... :)
 Tengok tu keluar2 air liur dia...
 Siap terlentok2 kepala...
Dagu pun ada 2... :)

 Cutenya Thaqif bila kenyit mata...
Nak belajar pikat anak dara ke ni...
Hahahaha
 Muhammad Thaqif Zihni
Buah hati & si manja ibu...
Ni ler aksi Thaqif bila nak tidur...
Kalau tak dapat nak raba2 muka ibu, dapat gengam tangan ibu pun dah cukup...
Baru Thaqif boleh lena...
Pautan sayang antara ibu & anak...
Kemas & kukuh...
Macam taknak lepas dah... :D

Friday 18 November 2011

Aksi Thaqif bersama ibu...

Kalau dulu aku penah upload video Thaqif bersama abah di usia 3 bulan... Kali ni aku nak upload aksi Thaqif bersama aku pulak di usia 7 bulan 23 hari... Masa ni kami pergi Mid Valley & sebelum bagi Thaqif makan kat baby room, husband aku telah merakamkan video masa aku main2 dengan Thaqif... Aksi Thaqif sangat happy maklum ler ibu asyik agah2 jer... Ibu sayang Thaqif... Abah pun sayang Thaqif jugak... Terima kasih kat abah sebab merakamkan video istimewa ni untuk kami berdua... Video ni antara kenangan yang paling istimewa buat ibu... :)

p/s maaf yer kualiti video kurang memuaskan...


Tuesday 15 November 2011

Yang ibu sangat suka!!!!

Bagi aku yang paling seronok dalam hidup ni bila Thaqif lahir ke dunia... Hadir membawa cahaya dalam hidup kami berdua... Orang kata bosan bila masa berpantang sebab duk memerap kat rumah... Tapi bagi aku seronok sangat sebab dapat menjaga Thaqif & tempoh 2 bulan lebih tu rasa sekejap jer... Masa 1st time hantar Thaqif ke rumah pengasuh pun hati tak usah cerita ler... Luar dalam menangis... Mana taknya dah 2 bulan lebih dengan kite tup tup nak bagi orang jaga... Meroyan sekejap aku...

Sampai sekarang Thaqif dah 8 bulan 8 hari, aku memang teruja nak tunggu cuti hujung minggu & cuti2 lain... Kekadang tu tak sabar2 nak tunggu hari jumaat pastu tension bila dah ahad sebab esoknya nak keja... Rasa baru sekejap jer dapat berulit dengan Thaqif... Kebiasaannya hari cuti kami keluar gi jejalan & berkunjung ke rumah sedara... Kalau tak ke luar kami akan duk bertapa kat rumah & Thaqif akan sentiasa kat celah ketiak aku... :)

Nak tahu apa aktiviti aku bila bersama Thaqif dihujung minggu... Aktiviti yang selalu aku buat & takkan jemu aku lakukan... Jom kita sama2 saksikan checklist kat bawah ni...

1) Sudah semestinya akan sentiasa salinkan pampers untuk Thaqif jika dah basah @ Thaqif dah uk uk (kalau uk uk abah akan tolong pegang sbb ibu akan memainkan peranan penting).
2) Mandikan Thaqif & abah akan tolong jugak sebab ibu akan mengulit2 badan Thaqif dengan buih2 cinta. Kalau time mandi Thaqif mmg suka kekadang siap nangis sebab tak puas.
3) Siapkan Thaqif & pakaikan baju cantik2. Kat bawah ni step dia:-

  • 1st ibu akan sapukan baby oil (lavender) @ baby losyen
  • Ibu akan sapu bedak baby carrie junior
  • Ibu akan sapukan candid-b kat mana2 bahagian yang ibu rasa cam ada ruam
  • Seterusnya ibu akan sapu ubat jika ibu ternampak ada gigitan nyamuk (bila nampak nyamuk gigit ibu & abah pasti sedih sebab kami dah berjaga2 tapi terlepas gak). 
  • Selepas tu ibu akan sapukan minyak yu yee kat perut
  • Pakaikan Thaqif pampers tapi sekarang Thaqif dah taknak duk diam
  • Selepas tu pakaikan baju
  • Pastu bersiap sedia dengan putik kapas untuk cungkil telinga & hidung (part hidung payah sikit sebab Thaqif tak suke).
4) Aktiviti seterusnya yang ibu suka ialah suapkan Thaqif makan bubur & buah.
5) Main2, agah2 & menonton bersama2.
6) Tak lupa juga menyusukan Thaqif (part penting ni).
7) Akhir sekali yang paling ibu suka ialah tidurkan Thaqif & ibu pun kekadang akan         tidur sama. :)


Tamat sudah apa yang ibu suka buat bila bersama Thaqif... 

Monday 14 November 2011

Yang dijanjikan...

Sambungan entry sebelum ini yer... Ingat lagikan bahawa aku nak upload gambar terkini si manja ku menjamah makanan secara duduk (ayat macam nak buat surat rasmi)... :) Hari ni aku tunaikan apa yang aku janji... Walaupun tak dapat nak snap banyak pic Thaqif sedang disuapkan makanan tapi dengan pic yang ada memadai untuk kenangan kami bersama... Tapi gambar Thaqif minum guna cawan belum sempat nak snap... Kalau aku yang suapkan makanan & Thaqif duk dengan manja di riba aku boleh jer nak snap pic tapi keadaan tak mengizinkan... Maklum ler pakaian yang kurang sopan (tanpa tudung & pakaian khas di rumah)... InsyaALLAH di masa akan datang yer...

Lupa pulak pasal yang satu ni... Berkenaan dengan gigi si manja ku itu ler... Aku ingatkan yang tumbuh hanya sebatang... Cek punya cek akhirnya kami mendapat jawapannya... Rupa2nya gigi si manja ku itu dah tumbuh 2 batang... Hip hip hoorayyyy... Sebatang dah rasa tapi sebatang lagi baru nak menjelmakan diri... Tu yang aku tak dapat rasa sepenuhnya... Tapi dalam hati ni risau gak takut bila Thaqif nyusu dia gigit lak... Semalam masa nyusu aku dah terasa gigitan manja buah hati ku tu... Aku berdoa sangat supaya Thaqif takkan gigit... Aku berhajat sangat selagi mampu nak menyusukan Thaqif sepenuhnya dengan susu ibu... InsyaALLAH...
Thaqif dah pakai bip & nak start lunch...
Mak oi duk kat riba abah macam orang2 besar aja...
Abah tersenyum manja, maklum ler nak lawan dengan Thaqif wajah sapa lebih bergaya...
Ibu lak cakap "sori sebab lewat sikit bagi makan", maklum ler baru balik berjalan...
 Ibu tak interprame sebab diberi tugas merakamkan aksi dua orang jejaka...
Thaqif yang sentiasa murah dengan gelak ketawa...
Buatkan hati ibu gundah-gulana...
 Sebelum makan mesti main2 dulu...
Lompat2 & terkinja2...
Wah!!! Ibu sangat suka ler...
 Suapan pertama ker???
Suapan ke dua ker??? 
Alamak ibu lupa ler...
Walaupun comot tapi dalam hati saya banyak suka!!!
Nak tahu kenapa???

Ibu masak sedapppppp !!!
Thaqif makan dengan penuh gaya...
Tengok ler bip saya...
Ibu sayang saya !!!

Hari2 saya dengar ibu kata " Thaqif tahu tak??? Ibu SAYANG sangat pada Thaqif"...

Nak tahu apa saya kata semula???

Dah tentu SAYANG saya berlipat ganda & tak lupa SAYANG pada ABAH juga !!!
Kalau boleh ibu sentiasa nak suap Thaqif... 
Ibu suke !!!!!