Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday 3 November 2011

Thaqif makan apa???

Wah macam menarik jer tajuk entry aku kali ni... Buat gempak jer kan??? Padahal biasa2 jer... Sebenarnya tangan aku ni dah gatal nak menaip & melahirkan kata2 indah... Tu yang aku terasa nak upload entry baru... Diam tak diam Thaqif nak masuk 8 bulan (tinggal 4 hari jer)... Tak sabar nak tunggu Thaqif setahun lak... Apa lagi yang Thaqif pandai lepas ni... :)

Rasanya aku dah pernah cerita apa yang Thaqif makan semenjak aku mula2 ajar dia makan... Aku pernah jugak terlintas nak bagi Thaqif makan nestum & dah pernah belikan Thaqif biskut bayi (saiz kecil) tapi biskut tu aku bagi kat anak sedara kat kampung... Mesti korang tertanya2 kenapa aku bersikap macam ni kan??? Apa kekurangan nestum & biskut bayi tu??? Nak tahu kenapa tak??? Jom ikut aku (maksud aku korang baca entry ni sampai habis)...

Sebelum tu masuk sikit bab susu iaitu susu formula... Cuba korang search kat internet apa kelebihan susu ibu & susu formula... Terlalu banyak perbezaannya... Salah satunya kalau minum susu ibu jarang dijangkiti penyakit sebab tahap antibodi kuat dalam badan... Kalu minum susu formula kerap dijangkiti penyakit antaranya cirit birit... Ok cukup bab susu & kita masuk semula bab kenapa aku taknak bagi Thaqif makan nestum & biskut bayi...

Antara sebab-sebabnya ialah bayi yang berumur bawah 1 tahun tidak boleh makan gula & garam... Kita sendiri maklum mesti nestum & biskut bayi terdapat sedikit gula, kalau tak mesti rasa tawar tapi nestum contohnya rasa manis... Selain tu, aku tak yakin buatannya sama ada bersih @ tak & bahan2 yang digunakan... Buat kat kilang jadi mana nampak apa yang berlaku... Lain ler kilang tu aku punya bolehlah nak tahu bahan apa... Lagipun zatnya tak ler bagus sangat...

Aku rasa lebih gembira kalau Thaqif makan makanan dari air tangan aku... Bahan2 yang aku gunakan pun bersih & mempunyai banyak zat... Semenjak Thaqif mula makan, aku hanya masakkan Thaqif bubur nasi bersama2 sayur-sayuran, ikan, ayam & ikan bilis... Alhamdulillah Thaqif dapat menerimanya... Aku beli sayuran jenis organik sebab Thaqif pernah makan kobis bunga tapi dapat alahan... Penuh badan & kaki dengan bintik2 merah... Jadi aku sepakat dengan suami belikan Thaqif sayuran jenis organik... Mahal sedikit takper janji selamat...

Kekadang kami pergi bercuti jadi agak payah nak masak makanan Thaqif... Tapi semua tu sekejap saja, lepas tu kami beli slow cooker untuk travel... Walaupun masa untuk memasak agak lama tapi hasilnya puas hati sangat... Lepas ni kalau nak pegi bercuti lagi tak payah nak pening2 kepala carik bubur kat kedai... Cuma angkut jer slow cooker tu masuk dalam kereta... Tapi semua ni sekejap je sebab tak lama lagi Thaqif dah nak setahun... Jadi apa yang kami makan Thaqif boleh makan juga... Tak sabar sangat nak kongsi makanan yang sedap2 dengan Thaqif...

Makanan Thaqif masih sama dengan entry sebelum ni... Bahan2nya ayam, ikan, ikan bilis, lobak merah, kentang, kurma, brokoli, tomato, bayam & tak lupa bahan baru labu... Sedap gak masuk labu sebab ada rasa manis... Tak lupa sedikit minyak yer... Untuk apa??? Sila baca entry aku sebelum ni... Sekarang Thaqif makan 3x sehari... Waktu pagi, tengahari & malam... Snek petang jarang aku bagi (buah) sebab kalu ada pun buah epal & anggur... Kekadang anggur rasa masam & epal lak macam banyak serat... Buah pisang ok tapi payah betul nak carik pisang emas... Tapi bayi bawah 8 bulan tak amik snek petang pun takper... Cuma lepas 8 bulan ni nak kerap bagi Thaqif makan buah... Biar cukup segala zat dalam badan anak aku... :) 

Rasanya cukup tak penjelasan di sini kenapa aku begitu cerewet dengan makanan & minuman si manja ku yang sorang tu... Sebab aku inginkan yang terbaik untuknya... Walauapapun orang nak kata & pikir aku ni pelik ke, tak kisah ler... Sebab hanya aku & suami aku jer yang tahu apa yang baik & buruk untuk Thaqif... InsyaALLAH kami akan cuba menjaga pemakanan Thaqif dengan baik... Bak kata suami aku walaupun Thaqif dah besar elakkan makan makanan yang tidak berkhasiat seperti keropok2... Thaqif kena ikut macam ibu sebab masa kecik ibu tak makan keropok2 ni... :)
Pic ni masa Thaqif mula2 makan...
Ibu sungguh teruja masa ni & Thaqif dapat menerima makanan yang ibu masak dengan baik tapi semangkuk tu tak habis...
Setakat 2 3 sudu makan orang dewasa jer...
Tapi sekarang semangkuk tutup mata jer boleh habis...
Cayalah anak ibu !!!
Rasanya ni biskut bayi yang aku belikan untuk Thaqif...
Ada 6 kot biskut dalam tu...
Hajat di hati nak bagi tapi bila aku & suami renung jauh2 tak jadi nak bagi...
Bubur nasi lagi sedapkan Thaqif???
Nyum nyum ibu masak sedap !!!
Kuikuikuikui

No comments:

Post a Comment