Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday 18 September 2011

Alhamdullillah 10 oz ler pulak!!!

Syukur, syukur, syukur... Hanya itu yg dapat aku ucapkan bile lepas pump & lihat hasilnya... Rezeki dari yang maha ESA... Penat??? Bak kate suami aku "Mana lebih penting??? Penat ke @ anak nak minum???"... Nak tau jawapan aku??? Sudah tentu aku pilih ANAK... Takde yg lebih bahagia bila aku menjadi seorang ibu apabila aku dapat menyusukan anak aku dengan susu ibu sepenuhnya tanpa bantuan susu formula... Bukan riak @ takbur tapi semua ini berkat dari kesabaran, keyakinan & dorongan dari suami tercinta... Tak lupa juga kepada family & kawan yang menyokong... Syukur di usia Thaqif 6 bulan 2 minggu ++, Thaqif masih menyusu badan & buah hati kami dah makan pun... :) Kepada Mu ALLAH aku panjatkan kesyukuran kerana Kau telah melimpahkan rezeki buat anak ku yang tercinta... Aku mohon pada Mu agar rezeki ini sentiasa ada & mencukupi untuk menampung keperluan anak ku... Semoga dengan rezeki ini anak ku akan terdidik dengan budi pekerti yang mulia, akhlak yang baik, pergaulan yang terbatas, pemikiran yang bijak... Semoga anakku akan menjadi anak yang SOLEH & umat Mu yang TAAT... Amin

Saturday 17 September 2011

Syurga ku...

Musim raya sangat best sebab banyak rumah terbuka... Cuma rumah kami je belum buka2 lagi...InsyaALLAH kami akan buka rumah kami cuma masanya belum ditetapkan (nak buat kenduri kesyukuran kelahiran Thaqif)... Kali ni kami nak pegi rumah terbuka kawan aku (kak iema & faiz)... Sebelum beraya kami sempat merakam beberapa potret indah kami sekeluarga... Cuma tak sempat nak ambik gambar masa kat rumah terbuka... Sibuk sangat nak makan (macam biasa aku makan berpinggan2... pasal makan aku tak malu... hihihi)...


p/s Lupa nak bagitau tema kami... Hitam + Purple... :D

~ Thaqif xready (pandang bawah), abah lak pegang bahu ibu (xromantik sungguh) ~
~ Dah ok dah ni... tup tup Thaqif pandang tempat lain ~
~ Akhirnya berjaya... Inilah SYURGAKU!!! ~

Friday 16 September 2011

Raya di rumah Pak Long...

Mood Hari Raya tak abis lagi... Kami anak-beranak bercadang nak g beraya rumah sedara-mara... Mula2 kami pegi umah sedara di Hulu Kelang (tak sempat amik gambar)... Dapat ler singgah 3 buah rumah siap dihidang makan lagi... Pastu dlm kul 3 lbh baru bertolak ke rumah abang sepupu aku (ada uat makan)... :) Ni kali pertama Thaqif gi umah Pak Long die... Seronok gak dapat berjalan ni... Masa raya kat kampung ari tu tak dapat nak berjalan... Sibuk sangat sbb tetamu ramai datang... Bila kat KL ni amik peluang ler beraya sakan (1 hari blh pegi 4 buah rumah)... :D


 ~ Beraya sakan di rumah Pak Long ~
  ~ Thaqif dah comel, abah lak tak ready... Xsukeee!! ~
  ~ Buah hati kesayangan abah ni ~
  ~ Uik napa tu??? ~
 ~ Jari abah ibarat jari GERGASI... :D ~

Aksi Thaqif (6 bulan 1 minggu ++)

Lamanya tak update aktiviti buah hati ku ini... Rindu benar... Kalu kat ofis, time free boleh tengok gelagat buah hati aku ni... Terubat rindu sebelum nak balik rumah... Thaqif ibu dah besar dah... Tak sabar nak tunggu Thaqif boleh bercakap & berjalan... Pasti masa tu kami berdua happy sesangat dengan gelagat Thaqif... :D

  ~ Senyuman memikat hati ~
  ~ Muka cuteeee ~
  ~ Senyum malu si bujang ibu ~
 ~ Thaqif di usia 6 bulan 9 hari ~
  ~ Dah nampak boy dah (dah besar ler!!!) ~

  ~ Hisap hujung jari ler pulak... ~
  ~ Aksi Thaqif tido setiap malam (ibu malu tu yg off suma) ~
 ~ Geli?? Geram?? Marah??~

Saturday 3 September 2011

Jalan-jalan with abah & ibu @Mid Valley

Lepas balik beraya dari Melaka kami jalan2 kat Mid Valley... Mula2 hubby aku ajak tengok wayang tapi tak jadi... Jadi aktiviti kami cuci mata jelah... Sempat gak gi G2000... My hubby sambar 3 helai kemeja sekaligus... Siap dapat kad diskaun G2000 lagi (mahal tu RM3++)... So, aku cakap kat my hubby 1 tahun tak leh beli apa2 (gurau aje)... :D Kali ni tak beli baju utk thaqif sebab baju raya pun tak abis pakai lagi... Tapi kami gantikan dengan alat mainan yang kami beli kat ToysRus (telefon bimbit zaman dulu kala yg besor tue)... Walaupun besor tapi colorful & ada lagu lagi... Bile Thaqif dengar jer tak tentu arah jadinyer... Biler aku amik menangis... :) Masa ni Thaqif dah pandai kemam bibir... Chomelnyer anak ibu!!!

 ~ Saya sudah besar ~
  ~ Ibu tak ready lagi... Thaqif lak dgn aksi cutenyer... ~
  ~ Dah pandai kemam mulut ler pulak ~
  ~ Konfem kena agah dengan abah ~
  ~ Tengah menggeram ~
  ~ Mulusnya wajah itu!!! ~
  ~ Thaqif tgk apa tu syg??? ~
  ~ Ibu tak dapat nak kawal ~
  ~ Ibu snap gambar & tak pandai nak agah... Ni ler jadinyer... ~
  ~ Tak sudah2 kemam bibir ~
  ~ Tengah marah sebab abah dgn rakusnyer mencium Thaqif  ~
  ~ Dah geram sangat ni ~

Friday 2 September 2011

Aidilfitri 2011

Tahun ni adalah tahun pertama Thaqif berhari raya (usia Thaqif 5 bulan 3 minggu) & tahun ke 2 kami sebagai suami isteri... Seronok usah cerita ler... Lebih seronok beraya dari tahun2 lalu... Semuanya kerana kehadiran Thaqif di dalam hidup kami... Tak sabar2 nak menyambut Hari Raya... Masa ni pun Thaqif dah pandai & macam2 gelagat yang dipamerkan... Awal2 pagi Thaqif dah bangun... Semangat hari raya tu... Tahun ni tema kami ialah hijau turqoise... Baju melayu Thaqif kami beli online jer... My hubby lak beli siap jer... Aku punya??? Beli kain ela & tempah... :D nasib baik kaler baju lebih kurang sama... Tema tahun depan??? RAHSIA!!!

 ~ Bangun awal pagi... Yang penting nyusu dulu... ~
 ~ Pegang botol dengan gaya ~


 ~ Thaqif dengan abahnya ~
 ~ Alamak!! Nampak sikit jambul abah ~
 ~ Luvly family in the world!!! ~

 ~ Abah tengah lapor tue ~
  ~ Abah dgn kak ika & kak balkis ~


  ~ Sebelum jalan raya ~

  ~ Tema kami - Pink + Red - Ok ler tue ~
~ Sapa lebih comey??? ~
  ~ TERBUKTI ibu kalah!!! Jgn mimpi blh menang... ~
  ~ Cute x kami??? Close up sikit!!!~
  ~ Jeng jeng jeng... Ini dia... Cute sungguh!!!! :D~
  ~ Dengan moyang ~

  ~ Wajah terhangat di pasaran ~



 ~ Dah besar dah anak ibu ni ~