Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday 22 February 2012

Kerana dia air mata ku mengalir lagi...

Bila Thaqif muncul dalam hidup kami, kehidupan kami terus berubah... Semuanya indah belaka & takda satu pun perkara yang tak indah di mata kami... Seingat aku senyuman sentiasa di bibir kami & gelak tawa sentiasa menjadi peneman setia bila melihat telatah Thaqif... Tapi ada juga kami berasa sedih... Ya sebagai seorang ibu aku lebih sensitif dari suami ku... Pertama kali air mata ku berlinang dalam kegembiraan bila aku selamat melahirkan Thaqif & melihat wajah mulusnya... Masa tu ALLAH s.w.t saja yang tahu macamana perasaan aku... Segala kesakitan terus hilang...

Tapi aku pernah juga mengalami kesedihan bukan dalam kegembiraan... Pertama kali air mata ku mengalir bila Thaqif dijangkiti jaundis & disuruh pakai penutup mata serta serkup getah untuk mengelakkan cahaya masuk ke matanya... Ketika itu air mata aku gugur seperti hujan... Entry ada aku paparkan sebelum ini... Selepas itu air mata ku gugur bila Thaqif di rumah pengasuh... Kemudian aku menangis kerananya bila buat pertama kali Thaqif dijangkiti demam... Ketika itu aku tidak kuat tapi demi Thaqif aku kuatkan juga semangat...

Semalam adalah kali ke 4 aku menangis kerananya... Semalam kami pulang agak lewat (10.30 mlm sampai di rumah - pertama kali kami lewat & aku mohon tidak akan terjadi lagi)... Tidak perlu aku nyatakan sebabnya kerana ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan... Kebiasaan kami akan sampai paling lewat sekitar pukul 8 mlm... Setiba di rumah aku akan terus menyusukan Thaqif kerana kali akhir Thaqif menyusu jam 6 - 7 mlm... Kerana lewat aku meminta suamiku menelefon mak untuk memberikan Thaqif sebotol susu lagi... Bila sekitar jam 8 mlm aku mula resah & aku mula menangis bila mengenangkan Thaqif tidak makan lagi (waktu makan sekitar jam 8 lbh)... Tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu... Menangis teresak2 di dalam surau bila mengenangkan anak ku yang kelaparan... Aku jadi tak tentu arah & hilang hala tuju... 

Sekitar jam 10 mlm suami ku sampai & kami terus memecut pulang... Dalam kereta aku menelefon mak dengan perasaan sebak untuk tahu keadaan Thaqif... Kami singgah di Mc D untuk membungkus bubur Thaqif (tak sempat masak sbb dah lewat)... Setiba di rumah seperti biasa aku akan memanggil Thaqif & disambut dengan senyuman lebar... Sementara bubur panas aku mandi dulu (tak sampai 5 minit sebab taknak buang masa - masa dengan Thaqif lagi penting)... Bila Thaqif nampak aku memegang mangkuk bubur Thaqif terus menangis kerana lapar... Hati ibu mana yang tidak sedih & aku tahu suami ku juga sedih... Tak sempat aku nak sejukkan Thaqif beria2 nak makan... Masa tu sebaknya rasa hati & aku tak sanggup mengalaminya lagi... Selepas separuh makan (mungkin hampir kenyang) Thaqif tersenyum gembira... Ya ALLAH rasa bersalah pada Thaqif kerana pulang lewat...

Thaqif, ibu & abah mohon maaf... Bukan niat kami nak pulang lewat & mengabaikan Thaqif... InsyaALLAH kami akan berusaha supaya perkara ini tidak terjadi lagi... Aku mohon pada Mu ya ALLAH biarlah ini yang pertama & terakhir... Amin...

Thaqif kamu nyawa & jiwa kami... Kamu penyeri dalam hidup kami... Tanpa kamu hidup kami kosong & tanpa erti... We luv u so much... :)

Tuesday 21 February 2012

Tidur Thaqif di malam hari...

Sebentar tadi aku terbaca satu entry di sebuah blog... Rasa tertarik pulak dengan entry tu (dalam hati macam nak bagi komen tapi aku padamkan jer hasrat tu)... Dalam fikiran aku lebih elok jika aku lahirkan pulak pendapat aku di dalam blog Thaqif yang cute ni... :) Pada pendapat aku setiap ibu mempunyai cara mendidik anak2... Bagi aku ada cara ibu sama & ada juga tak sama... Jadi tepuk dada & tanya selera...

Aku sebenarnya bersyukur sangat pada ALLAH s.w.t kerana tak susah mana menjaga Thaqif... Cuma semakin besar ni dah pandai sangat merajuk (tapi kami cukup terhibur dengan telatahnya)... Berbalik pada topik kat atas tu... Dari lahir hingga kini setiap malam Thaqif hanya bangun untuk menyusu (sesetengah anak kecik akan bangun  malam untuk bermain & lambat tidur semula)... Jadi ini akan membuatkan ibu bapa tak cukup tidur... Sekarang Thaqif dah 11 bulan 2 minggu & seingat aku Thaqif pernah beberapa kali (tak sampai 5 kali) bangun malam & meniarap sambil merenung kami tengah tidur... Nasib baik kami cepat tersedar & aku terus ambil untuk tidurkan semula...

Memang bayi tidak mengenal siang & malam... Terus terang aku katakan kami tak pernah mengajar Thaqif apa itu malam & siang (nampak macam buat tak tahu kan???) tapi Thaqif bijak... Buktinya Thaqif akan bermain di waktu siang & malam secara aktif... Akan tetapi bila masa tidur siang aku akan pastikan Thaqif tidur dengan nyenyak (kebiasaan Thaqif tidur siang 2 @ 3 kali sehari dalam 1/2 ke 1 jam 1/2 persesi)... Sebabnya bayi memerlukan tidur secukupnya & tidur itu adalah penting untuk perkembangannya... Jadi aku memang akan pastikan Thaqif tidur secukupnya di waktu siang... Kalau keluar rumah aku akan pastikan Thaqif tidur di dalam kereta sebelum sampai ke destinasi...

Waktu malam Thaqif tetap akan bermain & akan mula mengantuk jam 9 lebih (kekadang payah jugak nak tidur tapi suakan sahaja susu segar insyaALLAH Thaqif akan terlena)... Bila Thaqif mula terlena kami akan perlahankan suara tv & mula padamkan lampu... Selepas tu Thaqif akan tidur (kekadang Thaqif nangis jugak sebab kena cium dengan aku)... :D Sehingga kini Thaqif tak pernah bangun malam untuk bermain... Walaupun tak ajar apa itu siang & malam Thaqif tetap tahu... Apa yang pasti kami yakin dengan kelebihan yang ada pada Thaqif & tentunya kami sangat bersyukur pada ALLAH s.w.t kerana Thaqif sangat bijak... Aku juga yakin bayi2 di luar sana mempunyai kelebihan masing2 bergantung pada didikan ibubapa...

Nak tahu apa rahsianya??? Sejak mengandung kami suami isteri sentiasa mengamalkan berbual dengan Thaqif yang diberi gelaran BABY... Selepas tahu jantina (80% pasti bayi lelaki) kami mula mencari nama & menggunakan nama THAQIF semasa berbual... Semasa mengandung jika ada masa terluang aku akan berbual dengan Thaqif... Setiap hari ada saja ayat2 indah AL-QURAN yang aku alunkan untuknya (sebab itu Thaqif takkan berganjak bila dengar AZAN & zikir di Astro Oasis... Mudah2an Thaqif menjadi anak yang soleh...

Monday 20 February 2012

Ibu... ibu... Engkaulah ratu hati ku...

Semalam kami tengok program Jalan2 Cari Makan (TV3)... Bila tengok Qi makan western food kat D' One Bandar Baru Bangi, kami pun teruja nak rasa sama... So kami pun decide nak pergi sana walaupun tak tahu kat mana tempat tu... Nasib menyebelahi kami sampai jer kat Bangi terus jumpa restoran tu... Nasib baik kami tak sesat... Suasana kat restoran tu biasa jer tapi penuh dengan orang2 tengah menjamu selera... Kami sempat jugaklah buat pusingan satu kedai... Syukur sekali lagi rezeki kami ada orang dah selesai makan jadi kami terus dapat meja...

Aku makan Chicken Gordon B*** (xingat nama apa), husband aku makan Mix Lamb Chop... Thaqif kami order Chicken Nugget (tapi sampai balik tak dapat)... Kami sampai dalam kul 4 lebih & selesai makan kul 6... Ni semua penangan JJCM... Nasib baik sedap jadi tak ler rasa down sangat kalau lambat pun... Kira boleh jejak lagi ler ke sana... Ok cukup cerita bab makan... Aku nak cerita bab anak comel aku Thaqif...

Macam biasa dah makin besar ni Thaqif makin lasak... Macam2 gaya ada & taknak dok diam sangat... Nak kena bawak berdukung & jalan2 (sebab taknak dok setempat), main2 dengan menu & wet tissue... Sangat aktif & bila main2 dengan wet tissue Thaqif nak buang ke bawah... Tetiba aku dapat idea, jadi aku pun nyanyi lagu ibu... Aksi Thaqif??? Terus diam & menghayati bait2 lagu tu... Sebelum ni bila aku nyanyi cuma renung muka aku tapi kali ni Thaqif siap lentuk2 lagi kat aku... Pastu bila habis nyanyi cium muka aku (dengan air liur sekali)... Masa ni kami rasa seronok sangat tengok Thaqif... Diam jer & nampak sangat manja... InsyaALLAH lainkali aku nak rakam lak (walaupun suara aku kurang sedap... hahaha)... Bila aku tengok Thaqif macam tu terasa sejuk hati ni... Tapi yang kami nampak sejak dah makin besar ni Thaqif makin manja & sentiasa nak dibelai... Kami sangat suka & itu menandakan kami adalah insan yang sentiasa Thaqif perlukan... InsyaALLAH
Reaksi Thaqif bila ibu nyanyi lagu ibu...

Friday 17 February 2012

Zoo Negara

Cuti-cuti Malaysia nampaknya kami anak-beranak... Cuti Tahun Baru Cina kami ke Genting... Cuti Maulidur Rasul & Taipusam pulak kami ke Zoo Negara melawat haiwan2 yang comel... Kami pergi hari Sabtu (04.02.2012) yang lepas... Pergi pun dah nak dekat tengahari... Letih jugak menjelajah kat Zoo ni, Thaqif pulak nampak sangat letihnya... Taknak rasa membazir masuk Zoo sebab seorang kena bayar RM20, jadi kami pun naik tram... Memang tak banyak berjalan tapi dapat jugak tengok haiwan2 walaupun dari jauh... Lepas naik tram & berhenti di satu station, aku pun terus menyusukan Thaqif... Rupa2nya si anak bujang aku tu mengantuk sangat... Nyusu sekejap terus lena... Kesian anak ibu penat sangat nampaknya... InsyaALLAH bila Thaqif dah besar sikit, kita pergi lagi yer... :D

1st time pergi zoo...
Tapi Thaqif tak teruja tengok zirafah...
Lebih asyik tengok bunga teratai (daun jer bunga tak tahu gi mana) kat bawah tu...
Aksi kami bersama 2 ekor zirafah...
Sekian lama dok bergambar kat zirafah baru Thaqif berminat nak tengok...
Masa untuk makan...
Masa ni ibu tengah suamkan bubur, Thaqif lak dah lapar...
Gatal kepala ler pulak...
Mata lak gatal...
Sukanya dia bila abah tolong garukan...
Menguap ler pulak...
Maklum ler time tidur...

Bersama abah tercinta...
Bersama ibu pula...
2 model yang terhangat di pasaran...
kuikuikui
Merenung jauh...
Senyuman manis dari Thaqif...
Pengubat duka ni...
Aksi yang paling cute di abad ini...
Tidak boleh ditiru oleh sesiapa pun...
Muncung mahal...
Inilah dia kekasih hati hamba...
Anak ibu yang taknak dok diam...



Selesai makan...
Kenyang sudah...

Mesti Thaqif pelik apa ler menatang ni...
1st time tengok tapi Thaqif tak takut...
Siap ada orang tegur napa Thaqif tak takut...
Anak lelaki mana boleh takut!!!
Berani betul Thaqif...
Ibu pun tak berani nak dekat sangat...

Kami di Children's World...





Aksi Thaqif bila jumpa arnab...
Teruja sampai nak panjat2...
Kami nak tengok multi animal show lak...
Ibu yang terlebih excited...
Thaqif kena peluk dengan abah sebab lasak sangat...
Cubaan untuk melepaskan diri...
Adakah anak ibu berjaya???
Tanda protes & aksi marah telah menguasai diri...
Ibu lak sibuk snap pic & inilah hasilnya...
Ni aksi nak pukul ker???
Aksi paling comel sepanjang zaman...
Mood happy dah kembali...
Ala la la comeynye anak ibu...
Cubaan berani untuk mencapai kamera...
Akhirnya...
Setelah puas ibu suruh tengok animal show akhirnya Thaqif bagi tumpuan juga...
Tengok tu Thaqif dah mula teruja...
Seronok kot...
Aksi pp muncit & muncung panjang...
Sepatutnya masa ni Thaqif menyusu...
Mungkin ramai orang, tu yang Thaqif taknak...





Pelbagai aksi mereka...
Tak habis tengok animal show sebab dah lama sangat Thaqif tak menyusu...
Tapi sempat lagi tu...



Hajat di hati nak terus balik tapi rugi bayar RM20 srg...
So kami decide naik tram...








Pelbagai aksi animal kat zoo...
Nanti bila Thaqif besar sikit, Thaqif tahu kami pernah bawak dia tengok animal kat zoo...

Lepas naik tram kami singgah 1 station...
Aku terus cari tempat nak menyusukan Thaqif...
Tak sampai 10 minit nyusu Thaqif dah tidur...

Kesian Thaqif haus & letih...
Rasa bersalah pulak kat Thaqif...
Maafkan ibu sayang!!!
Pastu kami terus balik...
Selamat tinggal...
InsyaALLAH jika umur panjang & Thaqif dah pandai berjalan kami datang lagi...
Tak interprame sebab my dear dah lena...