Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday 3 February 2012

Putera ibu semakin membesar...

Pejam celik pejam celik putera ku yang manja & sangat menghiburkan tu dah nak dekat setahun... 4 hari lagi Thaqif dah 11 bulan... Sebulan sahaja lagi masa yang kami tunggu2 & tak sabar nak sambut besday Thaqif yang pertama... Belum setahun aku dah rasa seronoknya... Di usia yang hampir menjangkau 11 bulan dah macam2 aksi yang Thaqif pamerkan... Kami berdua teruja sangat & setiap kali berada dalam kereta semasa nak pergi kerja aku akan ingat kembali aksi2 Thaqif & bercerita dengan suami dengan penuh keseronokan... Tak sangka bila ada anak ni hidup berubah sangat & sentiasa bahagia...

Di bawah ni aku senaraikan bermacam2 perkara tentang Thaqif di usia 10 bulan 3 minggu & 6 hari...

1) Gigi - Dah tumbuh 2 batang gigi lagi... kat atas pulak... aku sedar masa bercuti di Genting baru2 ni... :)
2) Duduk - Sebelum ni dibantu tapi sekarang tidak lagi... walaupun lambat tapi takpe...
3) Makan - Dah pandai makan bubur nasi tanpa blender & setiap apa yang kami makan Thaqif nak rasa sama...
4) Merangkak - Anak ibu dah pandai dah tapi masih nak meniarap jer & taknak merangkak... :D
5) Astro Oasis - Bila time Azan & bertasbih Thaqif akan leka dengar... pernah sekali aku terhalang pandangan Thaqif, Thaqif siap tolak tangan aku sebab nak tengok tv... wajib buka Astro Oasis sebelum & selepas Maghrib... jarang miss!!!
6) Upin Ipin - Antara kartun yang Thaqif sangat suka... kekadang tu bila tengok siap tersengih2... siap ada koleksi kat rumah...
7) Iklan tv - Thaqif paling leka tengok iklan Hello Kitty ramai2 main alat muzik & iklan tv kids...
8) Toys - Kami belikan macam2 toys untuk Thaqif tapi kalau kat rumah Thaqif jarang nak main... yang selalu Thaqif suka tupperware aku, botol air aku, bedak & etc (yg bukan permainan dia)... lupa lak paling suka remote control tv & hp!!!
9) Jari jemari - Dah pandai gengam2 jari (orang kampung cakap cekup menggamit)...
10) Salam - Kekadang nak buat kekadang taknak... ikut mood dah...
11) Menyusu - Macam2 aksi ada... kuak lentang, superman & macam2... xtahu nak sebut aksi apa & dah pandai selak baju ibu...
12) Air - Sangat suka bila nampak air & sangat suka mandi... kalau selesai jer mandi & tutup air terus nangis!!!
13) Tidur - Dari lahir sampai ni setiap kali sebelum tidur mesti masukkan jari dalam mulut aku... kalau tak, tak mahu tidur... siap cungkil2 lagi dalam mulut aku...
14) Mulut - Sekarang makin bising & sangat seronok bila Thaqif keluarkan macam2 bunyi... jerit, marah, nangis & mengomel macam2...
15) Pegang makanan - Dah pandai pegang makan tapi Thaqif lebih suka disuapkan... Maklumlah anak manja ibu... I like !!!
16) Ibu & abah - Sekarang dah sangat pandai sebab bila nampak kami jer Thaqif akan minta diambil & bila balik kerja dengar jer bunyi pintu & suara kami Thaqif akan meronta2 suka...
17) Merajuk - Sangat pandai... pernah abah suapkan ibu makan dulu & Thaqif terus tarik muka... hahahaha puas jugak abah nak pujuk!!!
18) Cuti - Jika cuti lama & esok nak kerja, kena bagitau Thaqif esok tu nak kerja... kalau tak esoknya bila balik kerja Thaqif tak happy macam biasa & akan tarik muka masam... jangan main2 tau...
19) Cium - Kalau nak minta cium kena sebut sayang & kalau nasib baik dapat ler... kekadang kena nangis dulu baru dapat tapi laga pipi aje... kut kut anak ibu ni...
20) Suka berkawan - Kalau pergi memana & jumpa rakan sebaya, nampak Thaqif nak berkawan & Thaqif biasanya tak kisah sesiapa pun nak ambil tapi kekadang nangis juga... tapi Thaqif suka tengok kakak2 cantik... hahahaha

Ok cukup senarai kat atas tu, nanti2 update lagi... Dah tiba masa nak balik tapi sebelum tu nak solat Asar & buat aktiviti pump dulu....

p/s Alhamdulillah di usia Thaqif hampir 11 bulan, aku masih aktif menyusukan Thaqif (sepenuhnya dengan susu ibu)... Walaupun pernah mengalami kekurangan susu sebelum ni tapi tak mematahkan semangat aku untuk terus berusaha... Selagi terdaya aku akan menyusukan Thaqif sepenuhnya... Nikmatnya hidup ni aku rasa bila dapat menyusukan Thaqif dengan susu aku sendiri... Kalau korang tak percaya boleh cuba... Syukur pada mu ya ALLAH... :D


No comments:

Post a Comment