Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday 22 February 2012

Kerana dia air mata ku mengalir lagi...

Bila Thaqif muncul dalam hidup kami, kehidupan kami terus berubah... Semuanya indah belaka & takda satu pun perkara yang tak indah di mata kami... Seingat aku senyuman sentiasa di bibir kami & gelak tawa sentiasa menjadi peneman setia bila melihat telatah Thaqif... Tapi ada juga kami berasa sedih... Ya sebagai seorang ibu aku lebih sensitif dari suami ku... Pertama kali air mata ku berlinang dalam kegembiraan bila aku selamat melahirkan Thaqif & melihat wajah mulusnya... Masa tu ALLAH s.w.t saja yang tahu macamana perasaan aku... Segala kesakitan terus hilang...

Tapi aku pernah juga mengalami kesedihan bukan dalam kegembiraan... Pertama kali air mata ku mengalir bila Thaqif dijangkiti jaundis & disuruh pakai penutup mata serta serkup getah untuk mengelakkan cahaya masuk ke matanya... Ketika itu air mata aku gugur seperti hujan... Entry ada aku paparkan sebelum ini... Selepas itu air mata ku gugur bila Thaqif di rumah pengasuh... Kemudian aku menangis kerananya bila buat pertama kali Thaqif dijangkiti demam... Ketika itu aku tidak kuat tapi demi Thaqif aku kuatkan juga semangat...

Semalam adalah kali ke 4 aku menangis kerananya... Semalam kami pulang agak lewat (10.30 mlm sampai di rumah - pertama kali kami lewat & aku mohon tidak akan terjadi lagi)... Tidak perlu aku nyatakan sebabnya kerana ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan... Kebiasaan kami akan sampai paling lewat sekitar pukul 8 mlm... Setiba di rumah aku akan terus menyusukan Thaqif kerana kali akhir Thaqif menyusu jam 6 - 7 mlm... Kerana lewat aku meminta suamiku menelefon mak untuk memberikan Thaqif sebotol susu lagi... Bila sekitar jam 8 mlm aku mula resah & aku mula menangis bila mengenangkan Thaqif tidak makan lagi (waktu makan sekitar jam 8 lbh)... Tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu... Menangis teresak2 di dalam surau bila mengenangkan anak ku yang kelaparan... Aku jadi tak tentu arah & hilang hala tuju... 

Sekitar jam 10 mlm suami ku sampai & kami terus memecut pulang... Dalam kereta aku menelefon mak dengan perasaan sebak untuk tahu keadaan Thaqif... Kami singgah di Mc D untuk membungkus bubur Thaqif (tak sempat masak sbb dah lewat)... Setiba di rumah seperti biasa aku akan memanggil Thaqif & disambut dengan senyuman lebar... Sementara bubur panas aku mandi dulu (tak sampai 5 minit sebab taknak buang masa - masa dengan Thaqif lagi penting)... Bila Thaqif nampak aku memegang mangkuk bubur Thaqif terus menangis kerana lapar... Hati ibu mana yang tidak sedih & aku tahu suami ku juga sedih... Tak sempat aku nak sejukkan Thaqif beria2 nak makan... Masa tu sebaknya rasa hati & aku tak sanggup mengalaminya lagi... Selepas separuh makan (mungkin hampir kenyang) Thaqif tersenyum gembira... Ya ALLAH rasa bersalah pada Thaqif kerana pulang lewat...

Thaqif, ibu & abah mohon maaf... Bukan niat kami nak pulang lewat & mengabaikan Thaqif... InsyaALLAH kami akan berusaha supaya perkara ini tidak terjadi lagi... Aku mohon pada Mu ya ALLAH biarlah ini yang pertama & terakhir... Amin...

Thaqif kamu nyawa & jiwa kami... Kamu penyeri dalam hidup kami... Tanpa kamu hidup kami kosong & tanpa erti... We luv u so much... :)

No comments:

Post a Comment