Monday, 20 February 2012

Ibu... ibu... Engkaulah ratu hati ku...

Semalam kami tengok program Jalan2 Cari Makan (TV3)... Bila tengok Qi makan western food kat D' One Bandar Baru Bangi, kami pun teruja nak rasa sama... So kami pun decide nak pergi sana walaupun tak tahu kat mana tempat tu... Nasib menyebelahi kami sampai jer kat Bangi terus jumpa restoran tu... Nasib baik kami tak sesat... Suasana kat restoran tu biasa jer tapi penuh dengan orang2 tengah menjamu selera... Kami sempat jugaklah buat pusingan satu kedai... Syukur sekali lagi rezeki kami ada orang dah selesai makan jadi kami terus dapat meja...

Aku makan Chicken Gordon B*** (xingat nama apa), husband aku makan Mix Lamb Chop... Thaqif kami order Chicken Nugget (tapi sampai balik tak dapat)... Kami sampai dalam kul 4 lebih & selesai makan kul 6... Ni semua penangan JJCM... Nasib baik sedap jadi tak ler rasa down sangat kalau lambat pun... Kira boleh jejak lagi ler ke sana... Ok cukup cerita bab makan... Aku nak cerita bab anak comel aku Thaqif...

Macam biasa dah makin besar ni Thaqif makin lasak... Macam2 gaya ada & taknak dok diam sangat... Nak kena bawak berdukung & jalan2 (sebab taknak dok setempat), main2 dengan menu & wet tissue... Sangat aktif & bila main2 dengan wet tissue Thaqif nak buang ke bawah... Tetiba aku dapat idea, jadi aku pun nyanyi lagu ibu... Aksi Thaqif??? Terus diam & menghayati bait2 lagu tu... Sebelum ni bila aku nyanyi cuma renung muka aku tapi kali ni Thaqif siap lentuk2 lagi kat aku... Pastu bila habis nyanyi cium muka aku (dengan air liur sekali)... Masa ni kami rasa seronok sangat tengok Thaqif... Diam jer & nampak sangat manja... InsyaALLAH lainkali aku nak rakam lak (walaupun suara aku kurang sedap... hahaha)... Bila aku tengok Thaqif macam tu terasa sejuk hati ni... Tapi yang kami nampak sejak dah makin besar ni Thaqif makin manja & sentiasa nak dibelai... Kami sangat suka & itu menandakan kami adalah insan yang sentiasa Thaqif perlukan... InsyaALLAH
Reaksi Thaqif bila ibu nyanyi lagu ibu...

No comments:

Post a Comment