Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday 21 February 2012

Tidur Thaqif di malam hari...

Sebentar tadi aku terbaca satu entry di sebuah blog... Rasa tertarik pulak dengan entry tu (dalam hati macam nak bagi komen tapi aku padamkan jer hasrat tu)... Dalam fikiran aku lebih elok jika aku lahirkan pulak pendapat aku di dalam blog Thaqif yang cute ni... :) Pada pendapat aku setiap ibu mempunyai cara mendidik anak2... Bagi aku ada cara ibu sama & ada juga tak sama... Jadi tepuk dada & tanya selera...

Aku sebenarnya bersyukur sangat pada ALLAH s.w.t kerana tak susah mana menjaga Thaqif... Cuma semakin besar ni dah pandai sangat merajuk (tapi kami cukup terhibur dengan telatahnya)... Berbalik pada topik kat atas tu... Dari lahir hingga kini setiap malam Thaqif hanya bangun untuk menyusu (sesetengah anak kecik akan bangun  malam untuk bermain & lambat tidur semula)... Jadi ini akan membuatkan ibu bapa tak cukup tidur... Sekarang Thaqif dah 11 bulan 2 minggu & seingat aku Thaqif pernah beberapa kali (tak sampai 5 kali) bangun malam & meniarap sambil merenung kami tengah tidur... Nasib baik kami cepat tersedar & aku terus ambil untuk tidurkan semula...

Memang bayi tidak mengenal siang & malam... Terus terang aku katakan kami tak pernah mengajar Thaqif apa itu malam & siang (nampak macam buat tak tahu kan???) tapi Thaqif bijak... Buktinya Thaqif akan bermain di waktu siang & malam secara aktif... Akan tetapi bila masa tidur siang aku akan pastikan Thaqif tidur dengan nyenyak (kebiasaan Thaqif tidur siang 2 @ 3 kali sehari dalam 1/2 ke 1 jam 1/2 persesi)... Sebabnya bayi memerlukan tidur secukupnya & tidur itu adalah penting untuk perkembangannya... Jadi aku memang akan pastikan Thaqif tidur secukupnya di waktu siang... Kalau keluar rumah aku akan pastikan Thaqif tidur di dalam kereta sebelum sampai ke destinasi...

Waktu malam Thaqif tetap akan bermain & akan mula mengantuk jam 9 lebih (kekadang payah jugak nak tidur tapi suakan sahaja susu segar insyaALLAH Thaqif akan terlena)... Bila Thaqif mula terlena kami akan perlahankan suara tv & mula padamkan lampu... Selepas tu Thaqif akan tidur (kekadang Thaqif nangis jugak sebab kena cium dengan aku)... :D Sehingga kini Thaqif tak pernah bangun malam untuk bermain... Walaupun tak ajar apa itu siang & malam Thaqif tetap tahu... Apa yang pasti kami yakin dengan kelebihan yang ada pada Thaqif & tentunya kami sangat bersyukur pada ALLAH s.w.t kerana Thaqif sangat bijak... Aku juga yakin bayi2 di luar sana mempunyai kelebihan masing2 bergantung pada didikan ibubapa...

Nak tahu apa rahsianya??? Sejak mengandung kami suami isteri sentiasa mengamalkan berbual dengan Thaqif yang diberi gelaran BABY... Selepas tahu jantina (80% pasti bayi lelaki) kami mula mencari nama & menggunakan nama THAQIF semasa berbual... Semasa mengandung jika ada masa terluang aku akan berbual dengan Thaqif... Setiap hari ada saja ayat2 indah AL-QURAN yang aku alunkan untuknya (sebab itu Thaqif takkan berganjak bila dengar AZAN & zikir di Astro Oasis... Mudah2an Thaqif menjadi anak yang soleh...

No comments:

Post a Comment