Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday 31 October 2011

Holiday @Kayns Resort PD ( 22 & 23 Oktober 2011)

Kami bercuti lagi !!! Padahal baru jer balik dari Cherating & Avillion PD... Nak buat macamana ada rasa tak puas masa percutian yang lepas... Percutian kali ni dianjurkan oleh kawan2 aku (member ofis)... Kami check in dalam pukul 3 petang... Perancangan awal nak menginap di Hotel Ancasa tapi disebabkan masalah tertentu kami menginap di hotel yang lain...

Hotel ni tak ler best sangat... Masuk2 hotel jer air cond tak berfungsi... Panasnya tak boleh nak cerita... Kesian kat Thaqif... Lepas check in & kami pun siap2 nak keluar... Husband aku ada kerja yang nak diselesaikan & kami belum makan tengahari lagi... Mak oi!!! perut rasa pedih yang amat... Kami makan di KFC sebab kerja husband aku memerlukan internet... Aku makan dengan lahapnya ibarat tak makan 2 hari (ayam husband aku pun aku bedal sama)... 

Balik jer kami terus report pasal air cond... Lepas tu kami disuruh tukar bilik sebab air cond tak dapat dibaiki... Masuk bilik lain baru terasa air cond tapi yang tak best pulak water heater yang kurang berfungsi... Nak buat camner hotel kurang memuaskan (member aku yang carik)... Next time tak kuasa aku nak stay kalau datang PD lagi... Bayar lebih takper asalkan puas hati (macam Avillion tapi tu mahal sangat)... :) Malam kami ada aktiviti makan2... Mula2 nak buat makan2 di tepi pantai tapi disebabkan kesuntukkan masa kami makan2 di Satay Kajang jer (menu lain ayam percik, otak2 & kuih apam balik)...

Keesokkannya kami bawak Thaqif berjalan tepi pantai & mandi di swimming pool... Macam biasa mula2 jer Thaqif ok, lepas tu dah mula nangis... :) Pukul 12 kami check out & hajat di hati nak join member aku tapi disebabkan husband aku bz sangat jadi kami terpaksa buat perancangan sendiri... Kami lunch di Cowboy Nasi Ayam (sedap woo... kalau datang PD nak pekena lagi)... Lepas tu kami g beli kuih-muih, air kelapa & ABC pastu lepak jap tepi pantai.... Nak keluar panas sangat, kesian kat Thaqif jadi kami pun beransur pulang... Tamat sudah kisah percutian kami di PD... InsyaALLAH lain kali kami berhajat nak bercuti di pulau... :)



~ Persekitaran Kayns Resort PD ~
~ Sebelum turun breakfast (free) ~
~ Sapa lebih vogue??? ~
~ Lepas makan jalan2 tepi pantai ~
~ Kenangan Thaqif & abah di tepi pantai PD ~
~ 2 hero di hati bonda ~
~ Kacak & comey bergaya (mesti abah kembang idung kena puji) ~
~ Jari kat kepala ibu tu nampak cute ler ~
~ Thaqif dengan aksi comelnya ~
~ Uik ibu uat aksi apa ni??? Kurang sopan :) ~
~ Kasih ku hingga hujung nyawa ~
~ Ciuman kasih untuk Thaqif ~
~ Pertandingan muncung sapa lebih comey ~
~ Thaqif syok tengok laut ~
~ Indah sungguh ciptaan ALLAH ~
~ Kedamaian di hati kami ~
~ Kemas dalam dakapan ibu ~
~ Jualan penghabisan stok !!! ~
~ Aksi di kolam renang ~
~ 1st time guna pelampung Ben 10 ~
~ Kesian anak ibu tak selesa ~
~ Dah start nangis dah ~
~ Muka tak puas hati & tak selesa ~
~ Kenapa lak dengan abah tu??? ~
~ Kesian anak ibu (muka tak seronok) ~
~ Comel bergaya dengan swimming suit ~
~ Lega sebab dapat kuar dari pelampung ~

~ Wah... Nangis sudah anak ibu ni ~



~ Babak2 akhir sebelum diangkat keluar dari swimming pool ~


~ Kenangan terakhir bersama ibu di Kayns Resort ~
~ Tempat lunch kami... InsyaALLAH datang PD nak pekena lagi ~
~ Makan2 di Sate Kajang (gambar dari FB member aku) ~

Friday 28 October 2011

Aksi comel saya...

Sebenarnya aku nak upload gambar ni tapi tak sure nak masuk dalam entry mana... Jadi dengan perasaan bangganya aku buat entry baru untuk buah hati ku Thaqif... Entry ni takde le penting sangat tapi aku nak abadikan jugak gambar2 comel anakku... Walaupun kualiti gambar tak berapa memuaskan tapi tak kira jugak, aku tetap nak upload...

Malam tadi lepas balik keje aku main2 dengan Thaqif... Dengan sepenuh perasaan aku agah anak aku tu... Hasilnya??? Gelak sakan sampai lebar mulut... Sampai letih2 gelak... Tapi bila aku mula pegang camera jer terus gelak ala2... Maklum ler dah pandai & dah tahu ibu nak amik gambar dia... Jadi hasilnya tak banyak sangat... Bila ler ibu dapat rakamkan aksi Thaqif gelak sakan... Dah lama benar tak buat rakaman aksi Thaqif... Kalau masa tengah keje & perasaan rindu membuak2 boleh ler layan...
 ~ Sebelum keluar gi Mid Valley (salin baju sebab kena muntah) ~
~ Anak ibu yang comel tanpa baju... Seksi!!! ~
 ~ Kena agah dengan ibu ~
  ~ Seronok yang amat bila dapat main2 dengan ibu ek... ~
 ~ Sampai tergulung2 lidah ~
 ~ Masa ni ibu dah penat buat aksi :) ~

Saya dah boleh berdiri !!! (ada cerita pasal remote Astro)

Ya ALLAH aku bersyukur ke hadrat MU... Thaqif dah besar & dah bijak... Hari ni Thaqif dah 7 bulan 3 minggu... Di usia 7 bulan Thaqif dah pandai berdiri di sofa... Sapa yang tolong Thaqif yer??? Abah ler sapa lagi... :) Abah cuma tolong pegang & berdirikan Thaqif di sofa jer lepas tu abah lepaskan... Mula2 Thaqif jatuh ke tepi jugak... Tapi ada satu jalan kalau taknak bagi Thaqif jatuh & berdiri tegak dengan kecomelannya... Idea bernas dari abah lagi... Ibu tak bagi idea pun... Ibu buat apa??? Makan aja!!! :) Nak tahu apa dia??? 

Inilah dia peranan remote control ASTRO... Abah cuma letak di depan Thaqif... Thaqif akan berdiri tegak untuk capai remote tu... Kalau tengah meniarap pun, nampak jer remote terus Thaqif kejar... Tak sempat ibu & abah nak kejar sebab laju sangat... Maybe remote tu colorful kot... Tu yang Thaqif teruja... Nak tahu apa Thaqif buat dengan remote tu??? Masuk dalam mulut ler... Selain tu Thaqif tekan2 butang & channel pun bertukar... Aduhai pandai sungguh anak ibu & abah ni... Bijak, bijak!!!

Meniarap dah pandai dengan kelajuan di tahap maksimum... Berdiri dah pandai... Merangkak belum lagi... Tapi kata abah tak lama lagi tu sebab dah angkat punggung & lutut... Abah bagitau pagi tadi Thaqif dah pandai undur... Tapi gigi tak tumbuh lagi... Takper biar lambat (ibu takut masa nyusu kena gigit)... Tapi ibu percaya anak ibu anak yang baik & takkan buat ibu sakit (tapi seblm nak tidur selalu raba muka ibu - sakit2 manja gitu!!!)... Kalau Thaqif buat ibu sakit jugak ibu cium banyak2... Tak puas sebab baunya sangat sedap... Tak boleh nak kira berapa kali satu hari ibu cium Thaqif... Sebab ibu pencium yang tegar!!! :D
 ~ Saya dah blh berdiri & remote kini digenggaman saya!!! ~
 ~ Jangan cuba2 rapat yer untuk ambil remote saya ~
 ~ Dah selamat masuk dalam mulut pun ~
 ~ Besar sangat... Tak muat nak masuk semua dlm mulut ~
 ~ Kan saya cakap jangan datang dekat... Nak kena ni ~
 ~ Saya dah pandai berdiri ler :) ~
~ Muka comel ~
~ Jumpa saya lagi di entry akan datang :) ~