Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday 11 October 2011

Jutaan rasa menyentuh jiwa...

Bab 1 (Mengandungkan Thaqif)

Semasa mengandungkan Thaqif aku rasa sungguh bahagia... Bahagia bila aku disahkan hamil & bahagia bila menanti kehadirannya... Setiap saat aku menanti dengan penuh kesabaran... Akan ku hitung setiap bulan yang mendatang... Cuma sekejap sahaja aku mengalami alahan... Selebihnya aku mengharungi usia kehamilan dengan penuh riang... Selera makan tak usah difikirkan... Setiap kali mengadap makanan selera aku di luar kawalan... Muntah & pening payah sangat nak singgah... Yang aku tahu makan, makan & makan... Suami ku sungguh prihatin & setiap masa akan melayan kerenah ku... Sebut saja apa yang aku nak, insyaALLAH akan diadakan... Sesungguhnya aku bertuah kerana memilikinya...

Bab 2 (Melahirkan Thaqif)

Mungkin semasa mengandung terlalu senang bagi ku & aku diuji semasa hendak melahirkan Thaqif... Setiap orang akan mengalami susah & senang semasa mengandung & melahirkan anak... Selama 12 jam aku bertarung nyawa... Segala kesakitan hanya ALLAH s.w.t sahaja yang mengetahuinya... Setiap masa aku akan melihat masa & akan bertanya pada doktor & jururawat bila aku akan bersalin... Setiap 5 minit aku merasa kesakitannya... Sukar nak gambarkan rasa sakit itu tapi apa yang boleh aku cakapkan terlalu sakit... Setelah puas menahan sakit & laluan telah buka 10 cm, aku cuba untuk melahirkan Thaqif... Tapi apakan daya tenaga ku habis semasa menahan kesakitan... Selama 1 jam aku mencuba & doktor telah "vacuum" 2 kali, akhirnya aku akur kerana tidak dapat melahirkan Thaqif secara normal... Selepas itu, aku disuruh menjalani pembedahan untuk melahirkan Thaqif... Demi keselamatan anak ku, dengan penuh debaran aku redha...

Bab 3 (Membesarkan Thaqif)

Membesarkan Thaqif adalah satu hadiah yang sungguh bermakna untuk aku... Terlalu indah & bahagia bagi aku... Tak susah menjaga Thaqif kerana dia seorang anak yang pandai membawa diri... Walaupun di usia yang sangat kecil Thaqif pandai menjaga diri... Thaqif juga seorang anak yang pandai mengambil hati... Tangisannya payah sangat nak dengar... Dah 7 bulan pun, alhamdullillah syukur ke hadrat ALLAH s.w.t Thaqif belum pernah demam... Kalau kena selsema & batuk pun cepat sangat sembuhnya... Selama 7 bulan ni aku merasa hanya sekejap saja... Kekadang terasa rindu semasa Thaqif mula2 dilahirkan... Sebagai ibu aku tidak rasa dibebani semasa menjaga Thaqif & aku sungguh bertuah kerana menjadi IBU kepadanya...

Bab 4 (Minuman & Makanan Thaqif)

Dari lahir hingga kini (7 bulan ++) Thaqif hanya diberikan SUSU IBU tanpa bantuan susu formula... Syukur kepada ALLAH s.w.t kerana melimpahkan rezeki buat anak ku... Semoga rezekinya sentiasa ada & melimpah ruah... Thaqif mula diberi makan semasa usianya 5 bulan 3 minggu (sepatutnya 6 bulan tapi masa tu cuti panjang jadi inilah peluang aku untuk mengajar Thaqif mula menjamah makanan)... Aku memasakkan Thaqif bubur & antara bahannnya ialah bubur nasi, ikan, ikan bilis, ayam, lobak merah, kentang, sawi, bayam, brokoli, tomato, kurma & sedikit minyak (untuk membekalkan tenaga & untuk tumbesaran yang sihat tapi jangan berlebihan)... Aku & suami ku pun dah mengajar Thaqif memakan buah antaranya betik, pisang, epal & anggur...

Bab 5 (Kesimpulannya)

Dari bab 1 hingga bab 4 aku rangkumkan menjadi satu... Walaupun semasa melahirkan Thaqif agak sukar (anak pertama & aku percaya ramai juga di luar sana yang sama seperti aku cuma caranya berbeza) tetapi aku bersyukur kepada ALLAH s.w.t kerana memberikan aku rasa sedemikian rupa... Nak tahu kenapa??? Kerana dengan cara itu aku merasa lebih insaf & akan lebih menghargai anak ku itu... Bukan senang nak melahirkannnya walaupun semasa kehamilan aku tidak mengalami banyak masalah... Tidak semua wanita diuji sedemikian rupa & aku bertuah kerana terpilih... Sesungguhnya itu adalah saat terindah... Cuma doa ku jika dikurniakan cahaya mata kedua aku ingin melahirkannya secara normal... InsyaALLAH...

Kepada anak ibu, walauapapun yang ibu rasa semasa mengandungkan mu, melahirkan mu & membesarkan mu satu saja ungkapan yang ibu ingin katakan bahawa ibu terlalu bersyukur dengan kehadiranmu... Sehingga kini setiap kali melihat wajah mu membuatkan ibu rasa sungguh bertuah kerana dikurniakan anak seperti mu... 

No comments:

Post a Comment