Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday 18 October 2011

Ke mana hilangnya nilai kemanusiaan itu???

Pagi ini aku disajikan dengan berita yang menyedihkan... Walaupun ia tidak berlaku di dalam lingkungan hidup ku tapi sebagai seorang ibu naluri ku tersentap kuat bila menyaksikan aksi kejam itu & membaca perkhabaran tidak berperikemanusiaan itu...

Kisah pertama yang berlaku di luar Malaysia (China)... Mungkin si comel itu bukan lahir dari bangsa ku @ agama ku tapi sebagai seorang yang digelar ibu naluri ku meruntun hiba tatkala menyaksikan tubuh kerdil itu dilanggar oleh van... Selepas tu aku tak sanggup melihatnya lagi... Jatuh air mata ini bila terpandang tubuh itu digilis... Sebelum dilanggar kali ke 2 oleh lori aku dah tak sanggup melihatnya... Di mana sifat kemanusiaan kamu semua??? Hanya melihat tanpa berbuat apa-apa... Kerana tidak mahu terlibat kamu sanggup melihat tubuh kerdil yang tidak berdaya itu di langgar 2 kali... Walauapapun bangsa & agama kita, kita diterapkan nilai2 kemanusiaan... Tapi semakin lama nilai itu hilang di makan zaman... 

Kisah kedua berlaku di Malaysia & melibatkan pelajar sekolah yang baru saja berusia 16 tahun... Seorang pelajar didapati melahirkan anak di dalam asrama & kemudian mengelar2 tubuh kecik itu sehingga terburai perut... Kerana si lelaki tidak mahu bertanggungjawab, anak kecik itu menjadi mangsa... Sungguh cetek pengetahuan agama mu... Di manakah letaknya perasaan kau tatkala kau mengelar2 tubuh kecil itu??? Tak tersentuh ke hati kau tatkala mendengar tangisannya... Ya ALLAH kejam sungguh perbuatan itu... Sebagai seorang ibu aku tidak dapat menerima perbuatan kejam itu... Siapa yang harus dipersalahkan??? Bagaimanakah kau akan menempuhi kehidupanmu di masa akan datang bila didatangi dengan peristiwa silam itu??? 

Ya ALLAH aku memohon ke hadrat Mu lindungilah anak ku Muhammad Thaqif Zihni daripada segala perkara yang memudaratkan... Semoga perjalanan hidupnya diberkati... Amin

No comments:

Post a Comment