Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday 28 October 2011

Aksi comel saya...

Sebenarnya aku nak upload gambar ni tapi tak sure nak masuk dalam entry mana... Jadi dengan perasaan bangganya aku buat entry baru untuk buah hati ku Thaqif... Entry ni takde le penting sangat tapi aku nak abadikan jugak gambar2 comel anakku... Walaupun kualiti gambar tak berapa memuaskan tapi tak kira jugak, aku tetap nak upload...

Malam tadi lepas balik keje aku main2 dengan Thaqif... Dengan sepenuh perasaan aku agah anak aku tu... Hasilnya??? Gelak sakan sampai lebar mulut... Sampai letih2 gelak... Tapi bila aku mula pegang camera jer terus gelak ala2... Maklum ler dah pandai & dah tahu ibu nak amik gambar dia... Jadi hasilnya tak banyak sangat... Bila ler ibu dapat rakamkan aksi Thaqif gelak sakan... Dah lama benar tak buat rakaman aksi Thaqif... Kalau masa tengah keje & perasaan rindu membuak2 boleh ler layan...
 ~ Sebelum keluar gi Mid Valley (salin baju sebab kena muntah) ~
~ Anak ibu yang comel tanpa baju... Seksi!!! ~
 ~ Kena agah dengan ibu ~
  ~ Seronok yang amat bila dapat main2 dengan ibu ek... ~
 ~ Sampai tergulung2 lidah ~
 ~ Masa ni ibu dah penat buat aksi :) ~

No comments:

Post a Comment