Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday 10 October 2011

Peranan jari-jemari sebelum tidur...

Entry hari ni agak menarik untuk dikongsi... Sebelum tu aku nak tanya kepada pembaca blog... Sebelum tidur apa anak korang buat??? Maksud aku kelakuan si comel??? Salah seorang anak sedara aku sebelum tidur akan bermain dengan rambut terutama rambut ibunya (rambut digelar IBAT)... Rambut aku pun pernah digulung2nya... :)

Sekarang aku dah ada seorang putera yang sungguh comel lagi bergaya... Nak tahu apa yang anak aku akan buat sebelum tidur??? Jeri-jemarinya akan meraba2 di muka aku sebelum melelapkan mata... Macam2 rasa ada... Rasa geli ada, rasa sakit pun ada... Rasa geli bila jari halus tu masuk dalam lubang hidung aku & mengapai2 seluruh muka aku... Rasa sakit bila jari comel tu masuk ke dalam mulut & mencengkam bibir aku... Selain tu, si comel tu akan picit hidung aku... Selalunya aku akan menjerit sebab kesakitan... Kekadang tak sempat nak potong kuku, tu yang sakit sangat bile kena cengkam... Nak kata menjerit kuat sangat tu takdelah tapi husband aku selalu gak bising sebab aku macam marah anak aku buat macam tu... Untuk mengelakkan semua tu, aku akan hisap jari comel tu supaya tak meraba2 & mencakar muka aku... Kekadang terlepas gak tu yang terjerit... Selain tu, aku akan menggenggam jari-jemari anak ku & yang indahnya anak ku pun membalas sama... :D

Sebagai seorang ibu jauh di sudut hati memarahi kesayangan ku itu tapi bila rasa sakit tu terasa sangat, mulut pun terjerit le... Tapi perasaan marah tu tak lama (lebih manis digunakan perasaan geram)... :) Buah hati aku tu kalau dah tidur baru tangannya akan diam... Kalau tak selagi tu ler muka aku akan diramas2... Walaupun terasa sakit & perit tapi jauh di lubuk hati ni terasa riang kerana mengenangkan perangai si comel... Pernah ditegur rakan mengenai aksi anak ku... Kata kawanku, dia tak pernah lihat seorang bayi yang meraba2 muka ibunya sebelum tidur & aksi tu nampak sungguh comel... Itulah aksi jari-jemari anakku sebelum tidur...

Walauapapun yang Thaqif buat pada ibu, ibu tak pernah marah malah sayang ibu makin menebal... Mungkin mulut ibu bising & seakan marah tapi perasan itu tidak pernah wujud melainkan kasih sayang yang semakin hari semakin menebal buat Thaqif... Ibu ingin menjadi ibu yang baik & juga sahabat mu... Doa ibu akan sentiasa mengiringi ke mana sahaja Thaqif pergi... Setiap saat ibu mendoakan kebahagiaan untuk mu... Semoga Thaqif menjadi umat yang taat & anak yang soleh... AMIN

No comments:

Post a Comment