Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, 31 October 2011

Holiday @Kayns Resort PD ( 22 & 23 Oktober 2011)

Kami bercuti lagi !!! Padahal baru jer balik dari Cherating & Avillion PD... Nak buat macamana ada rasa tak puas masa percutian yang lepas... Percutian kali ni dianjurkan oleh kawan2 aku (member ofis)... Kami check in dalam pukul 3 petang... Perancangan awal nak menginap di Hotel Ancasa tapi disebabkan masalah tertentu kami menginap di hotel yang lain...

Hotel ni tak ler best sangat... Masuk2 hotel jer air cond tak berfungsi... Panasnya tak boleh nak cerita... Kesian kat Thaqif... Lepas check in & kami pun siap2 nak keluar... Husband aku ada kerja yang nak diselesaikan & kami belum makan tengahari lagi... Mak oi!!! perut rasa pedih yang amat... Kami makan di KFC sebab kerja husband aku memerlukan internet... Aku makan dengan lahapnya ibarat tak makan 2 hari (ayam husband aku pun aku bedal sama)... 

Balik jer kami terus report pasal air cond... Lepas tu kami disuruh tukar bilik sebab air cond tak dapat dibaiki... Masuk bilik lain baru terasa air cond tapi yang tak best pulak water heater yang kurang berfungsi... Nak buat camner hotel kurang memuaskan (member aku yang carik)... Next time tak kuasa aku nak stay kalau datang PD lagi... Bayar lebih takper asalkan puas hati (macam Avillion tapi tu mahal sangat)... :) Malam kami ada aktiviti makan2... Mula2 nak buat makan2 di tepi pantai tapi disebabkan kesuntukkan masa kami makan2 di Satay Kajang jer (menu lain ayam percik, otak2 & kuih apam balik)...

Keesokkannya kami bawak Thaqif berjalan tepi pantai & mandi di swimming pool... Macam biasa mula2 jer Thaqif ok, lepas tu dah mula nangis... :) Pukul 12 kami check out & hajat di hati nak join member aku tapi disebabkan husband aku bz sangat jadi kami terpaksa buat perancangan sendiri... Kami lunch di Cowboy Nasi Ayam (sedap woo... kalau datang PD nak pekena lagi)... Lepas tu kami g beli kuih-muih, air kelapa & ABC pastu lepak jap tepi pantai.... Nak keluar panas sangat, kesian kat Thaqif jadi kami pun beransur pulang... Tamat sudah kisah percutian kami di PD... InsyaALLAH lain kali kami berhajat nak bercuti di pulau... :)



~ Persekitaran Kayns Resort PD ~
~ Sebelum turun breakfast (free) ~
~ Sapa lebih vogue??? ~
~ Lepas makan jalan2 tepi pantai ~
~ Kenangan Thaqif & abah di tepi pantai PD ~
~ 2 hero di hati bonda ~
~ Kacak & comey bergaya (mesti abah kembang idung kena puji) ~
~ Jari kat kepala ibu tu nampak cute ler ~
~ Thaqif dengan aksi comelnya ~
~ Uik ibu uat aksi apa ni??? Kurang sopan :) ~
~ Kasih ku hingga hujung nyawa ~
~ Ciuman kasih untuk Thaqif ~
~ Pertandingan muncung sapa lebih comey ~
~ Thaqif syok tengok laut ~
~ Indah sungguh ciptaan ALLAH ~
~ Kedamaian di hati kami ~
~ Kemas dalam dakapan ibu ~
~ Jualan penghabisan stok !!! ~
~ Aksi di kolam renang ~
~ 1st time guna pelampung Ben 10 ~
~ Kesian anak ibu tak selesa ~
~ Dah start nangis dah ~
~ Muka tak puas hati & tak selesa ~
~ Kenapa lak dengan abah tu??? ~
~ Kesian anak ibu (muka tak seronok) ~
~ Comel bergaya dengan swimming suit ~
~ Lega sebab dapat kuar dari pelampung ~

~ Wah... Nangis sudah anak ibu ni ~



~ Babak2 akhir sebelum diangkat keluar dari swimming pool ~


~ Kenangan terakhir bersama ibu di Kayns Resort ~
~ Tempat lunch kami... InsyaALLAH datang PD nak pekena lagi ~
~ Makan2 di Sate Kajang (gambar dari FB member aku) ~

No comments:

Post a Comment