Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday 15 December 2011

Kami diuji lagi...

Walauapapun yang terjadi kami suami isteri tetap redha & takkan sesekali merungut terhadap apa yang terjadi kepada Thaqif... Selama 8 bulan lebih Thaqif membesar dengan sihat... Demam pertama semasa Thaqif berusia 8 bulan 3 minggu & kami diuji lagi semasa Thaqif berusia 9 bulan 5 hari... Pada hari isnin (12.12.2011) semasa tidur aku dapat rasakan badan Thaqif panas... Ingatkan tiada apa2 & kami bekerja seperti biasa... Balik kerja pada hari selasa seperti biasa aku akan memanggil Thaqif tapi riak muka Thaqif tak seperti biasa... Mak kata Thaqif panas badan... Malam tu Thaqif tak tidur sangat & kami bersama2 menjaga Thaqif... Walauapapun kami bangga dapat menjaga Thaqif ketika keadaannya tidak sihat...

Kalau ikutkan hati, aku tak mahu datang kerja pada hari rabu tapi disebabkan banyak kerja penting melibatkan perkara besar aku terpaksa datang kerja jugak walaupun hati tak sepenuhnya... Aku bersyukur sangat suami ku berkorban mengambil cuti untuk menjaga Thaqif... Thaqif maafkan ibu, ibu tak dapat bersama2 Thaqif... Kami ingatkan Thaqif tak sihat kerana nak tumbuh gigi tapi Thaqif dijangkiti demam campak... Semuanya dapat dikesan pada hari rabu & suami aku terus bawa Thaqif ke klinik... Mujur tak terlalu serius tetapi hati ibu mana yang akan tenteram... Lepas suami ku ambil aku balik dari kerja kami terus beli buah kelapa untuk bagi Thaqif minum & sapu di badannya...

Malam tu Thaqif tak dapat tidur sangat & kami takkan sesekali merasa keletihan semasa menjaga Thaqif... Thaqif kurang menyusu kerana campak tersebut ada di dalam mulut Thaqif & semestinya Thaqif merasa sakit... Pada hari ini suami ku mengambil cuti lagi... Terima kasih abang kerana menjaga anak kita... Thaqif, ibu sentiasa berdoa supaya Thaqif cepat sembuh & sihat seperti sediakala... Ibu tak kuat untuk melihat keadaan Thaqif... Pilu rasa hati ni bila mendengar Thaqif menangis seolah2 memberitahu ibu yang Thaqif sakit & tidak selesa... Hanya yang ibu mampu buat ialah sabar menjaga Thaqif & berdoa kepada ALLAH s.w.t supaya Thaqif cepat sembuh & kembali ceria... Setiap doa ibu akan sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu... Ibu & abah sayang Thaqif...

Monday 12 December 2011

Jiwa kami meruntun hiba...

Setelah sekian lama akhirnya kami pasrah juga... Walauapapun kami tetap bersyukur Thaqif membesar dengan sihat & bijak di bawah jagaan kami... Tapi ALLAH s.w.t berkuasa atas segala2nya... Di usia Thaqif 8 bulan 3 minggu Thaqif demam + muntah2 + b***k2... Pertama kali Thaqif tak sihat & sebelum ni pernah Thaqif panas badan sedikit tapi sekejap jer & rasanya tak sampai sehari... Semua ni disebabkan aku makan durian... Setakat  selsema & batuk tu biasa2 jer sebab aku minum air sejuk... Sekarang takde masalah dah... Maklumlah Thaqif menyusu badan... 

Sebelum Thaqif tak sihat malam ahad (27.11.2011), kami pergi i-City... Sampai kat sana hujan renyai2... Mula2 taknak keluar gak tapi bila tengok dah ok sikit kami pun keluar... Kami pakaikan Thaqif topi & ingatkan takde masalah tapi kami silap... Malam tu nampak sangat Thaqif takde mood... Tapi yang kami sedar keesokkan harinya selepas bagi Thaqif makan dalam pukul 10 ke 11 pagi... Lepas bagi makan jer Thaqif muntah dengan banyak... Masa tu aku menangis sebab terlalu terkejut.... Suami aku tak tunggu lama terus suruh siap2 & bawak Thaqif ke klinik...

Masa check doc kate Thaqif belum demam lagi & jika muntah lebih kerap doc suruh bawa ke hospital... Kami ingatkan Thaqif ok & kami pun singgah di JJ Cheras Selatan untuk makan tengahari... Masa tu dah nampak Thaqif dah lesu & Thaqif muntah kali kedua tapi sedikit aje... Balik kami singgah kat pasar malam sebab nak beli sedikit lauk... Masa tu Thaqif b***k & cair... Semuanya salah kami sebab kami tetap jugak keluar... Masa nak balik rumah Thaqif terlepek kat bahu aku... Ya ALLAH aku bersalah pada anak ku... Malam tu Thaqif b***k lagi...

Kemuncaknya pada isnin malam (28.11.2011), kami telah bagi ubat tapi badan Thaqif panas mendadak & setiap setengah @ 1 jam Thaqif akan bangun... Setiap kali bangun Thaqif akan merengek sebab badan Thaqif panas sangat... Masa tu apa yang kami mampu hanya kendong Thaqif & berjalan sekitar rumah... Hanya itu yang boleh buat Thaqif lega & diam... Ya ALLAH betul2 kami rasa tak kuat bila lihat keadaan Thaqif... Meruntun jiwa kami bila melihat Thaqif yang tak sihat... Semalaman kami tak tidur & itu semua tak mendatangkan masalah pada kami... Yang paling penting dalam hati kami hanya mahu menjaga & mendoakan Thaqif supaya cepat sembuh...

Keesokkan hari kami membawa Thaqif ke klinik lagi... Tapi siang hari badan Thaqif tak panas cuma lesu & masih b***k2 lagi... Kami ingatkan Thaqif tak sihat kerana terkena hujan tapi mengikut kata doc kemungkinan Thaqif meniarap & mengutip sesuatu... Kerana itu Thaqif muntah2 & b***k2... Tapi semua ni pengajaran kepada kami... Selepas ni kami takkan keluar kalau hujan & berhati2 semasa Thaqif meniarap... Tak mahu Thaqif terkutip benda2 kotor... Kami tak kisah menjaganya semasa Thaqif tak sihat tapi kami tak sanggup melihat permata hati kami lesu & tak berdaya...

Aku tak datang keje selama 2 hari kerana risau & tak sanggup meninggalkan Thaqif... Aku mahu melihat Thaqif betul2 sihat dulu baru aku akan mula bekerja... Alhamdulillah pada petang rabu (30.11.2011), aku lihat Thaqif dah aktif seperti biasa... Menjerit2 & gelak ketawa seperti hari2 sebelumnya... Ya ALLAH aku terlalu bersyukur pada Mu kerana anak kami sihat seperti sediakala... Thaqif tak sihat selama 3 hari & aku terasa bagai nyawa ku terbang melayang... 

Walauapapun aku bersyukur kepada Mu kerana ujian ini & ia membuatkan kami suami isteri lebih tabah untuk menjaga Thaqif... Tiada yang lebih berharga dalam dunia ini selain THAQIF... Ibu terlalu sayangkan kamu & jika diberi pilihan ibu rela gantikan tempat mu... Abah pun terlalu sayangkan kamu kerana setiap kali kamu menangis abah adalah orang yang sentiasa disamping mu... 
Wajah Thaqif masa kami belum sedar yang Thaqif tak sihat...

Sunday 11 December 2011

Hanya kami bertiga...

Hujung minggu adalah masa yang ditunggu2 oleh kami... Sebab kami dapat meluangkan masa bersama2... Bila hari Jumaat jer aku sungguh teruja sebab dapat bersama2 dengan Thaqif... Biasanya setiap hujung minggu kami ada macam2 aktiviti antaranya berjalan sambil shopping... Tempat yang selalu kami pergi Mid Valley (26.11.2011) & dah sampai tahap boleh hafal setiap ceruk... Oklah aku dah takde point lagi nak taip banyak2 jadi layan jer gambar kat bawah ni... 
 Kami lunch kat pizza...
 Kesian anak ibu tak leh makan...
Cepat2 besar yer sayang nanti boleh join ibu & abah makan...
Tak lama lagi dah nak setahun... :)
 Thaqif buat muka...
Nanti dah setahun apa Thaqif nak makan InsyaALLAH ibu & abah usaha dapatkan...
Thaqif menyusu gaya ala2 superman...

 Buah hati pengarang jantung ibu...

 Muncung paling cute di abad ini...

 Thaqif tengah main2 dengan toy baru...
 Wah Thaqif tengok tv dengan tekun...

 Aksi yang sentiasa comel & bergaya...
 Baju pilihan abah dari Mother Care...
Nampak simple tapi bila dah tersarung kat badan Thaqif nampak smart ler...
 Geng baru Thaqif...
BUDDY
Abah bagi nama ni sempena nama dinasour dlm citer kartun Dinasour Train...
Ibu pun suka tengok cite ni siap boleh nyanyi lagi... :)




Buku yang kami dapat masa beli baju Thaqif kat Mother Care...
Ibu tak sempat tengok pun...
Habis Thaqif lunyaikan...

Alahai anak ibu...
Muah2x

Friday 2 December 2011

Disebalik nama RAINBOW...

Rainbow kalau dalam bahasa melayu ialah pelangi tapi aku bukan nak cerita pasal pelangi tapi aku nak cerita pasal worm yang baru aku belikan untuk my dear Thaqif (pakai duit hubby)... Dah lama aku nak beli worm ni tapi baru2 ni dapat beli... Masa dah beli worm tu kami berdua pakat2 nak bagi nama... Macam2 nama kami pilih antaranya KAKA... Tapi suami aku cakap tunggu dulu sebab nak pilih nama lain lagi...

Bila sampai jer rumah aku terus bagi Thaqif tapi Thaqif tak teruja sangat... Pilihan pertama tetap kat BOBO si monyet yang comel tu... Padahal worm ni pun tak kurang hebatnya... Bak kata astro tu macam2 ada... Satu hari kami balik dari kerja... Kebetulan hujan jadi cuaca pun redup2 aja... Tup tup mata aku terpandang PELANGI yang cantik warnanya... Tetiba jer teringat kat worm Thaqif yang belum ada nama... Jadi dengan perasaan bangga & teruja aku terus usulkan nama tu kat hubby aku... Tapi tak ler nama pelangi tapi RAINBOW... Bila aku bagi nama tu hubby aku terus setuju... Tu lah kisah di sebalik nama worm Thaqif... Sebab worm Thaqif tu berwarna-warni (macam2 bunyi ada) & sesuai benar dengan namanya... Kalau tak caya di bawah ni buktinya... :)
 Ni lah geng baru Thaqif...
Namanya RAINBOW..
Pantang terusik berbunyi aja... :)
Thaqif tak teruja sangat dengan RAINBOW...
Sekali sekala jer Thaqif nak ajak main2...

Menjamu selera di rumah mak lang...

Sebenarnya entry ni dah lama tapi baru hari ni aku teringat nak upload (entry pada 12/11/2011)... Sebelum kejadian ni, aku menerima mesej daripada kakak sepupu ku yang tercinta... Dia suruh datang rumah sebab ada buat makan2... Disebabkan aku ni kaki melantang jadi dengan besar hati, aku pun mengajak suami aku ke rumah akak sepupu aku... Entry ni macam kisah aku ler pulak padahal dah terang2 blog manja aku si Thaqif comel lotel... Maaf yer sayang ibu terlebih excited ler pulak...

Kami sampai dah petang jugak sebab singgah JJ Cheras Selatan dulu...Menu yang akak sepupu aku masak ialah sate buatan sendiri, mee hoon sup, nasi impit, kuah kacang & kuih-muih... Dalam kul 8 lebih kami pun beransur pulang sebab aku nak layan Anugerah Skrin kot... Ntah lupa ler... Kat bawah ni kenangan kami bersama-sama... Aktor utama ialah buah hati aku ler... My dear Thaqif... :)
 Tengok tu pandai betul Thaqif bergaya...
Nak jadi model ker??
Abah kata kecik2 boleh tapi dah besar NO WAY!!!
:D
 Masa ni Thaqif baru perasan bukan ibu daa...
Muka terkejut...

 Orang kuat tengah bakar sate...
Kami lak tukang makan aja...
 Thaqif & kak lin...



 Macam2 gaya ada...
Tapi yang paling comel & bergaya tetap Thaqif gak...
Tak leh kalah woo...
Dulu, kini & selamanya...
 Dah balik rumah daa...
Abah tengah tergolek2 dengan Thaqif...
Sama tak rupa kiteorang???
Sapa lebih bergaya???

Pilihan ibu ialah Thaqif!!!
Abah jangan ambik hati yer... :D
Uik napa abah tu???
Takkan nangis kot ibu pilih Thaqif...
Alala buchuk buchuk...
Walau apapun abah tetap dalam hati ibu... :D

Thaqif jawab oooooo (ikut muncung)...
hahahaha

Thursday 24 November 2011

Bila saya sudah besar...

Saya sudah besar!!! Mungkin tu ler ayat yang akan Thaqif cakap kalau dia dah bijak berkata2... :) Tapi aku dapat rasakan Thaqif dah besar & bijak bila tengok semua gambar2 kat bawah ni... Teruja sungguh nak tunggu Thaqif dah pandai berjalan & bercakap... Tak sabar2 nak tunggu saat tu... Husband aku pun tak sabar2 nak tunggu saat tu... Macamana ler agaknya Thaqif masa tu nanti yer...

Kebetulan hujung minggu yang lepas kat Mid Valley ada 2nd Maternity & Children Expo, seperti biasa kami takkan lepaskan peluang... Walaupun duit tak berapa nak banyak tapi boleh ler beli sikit2 barang Thaqif sebab masa tu harga murah dari biasa... Dapat ler beli ice pack, sabun basuh baju, pencuci botol, wet tissue & puting botol Thaqif... Kami berjalan pun kejap jer sebab penuh sangat dengan orang... Kesian kat Thaqif letih & ngantuk lagi... Sempat jugak ibu carik tempat nak nyusukan Thaqif & tak lama lepas tu terus tidur... 

Sambil berjalan sempat bergambar... Macam2 aksi Thaqif aku rakamkan... Tak cukup kat Mid Valley kat rumah pun aku sibuk jadi tukang ambik gambar... Hasilnya sangat memuaskan... Aksi2 di bawah ni le menunjukkan Thaqif dah besar & sangat2 bijak... Jom layan gambar2 anak bujang manja aku ni...
 Muka terkejut sebab tetiba jer ibu snap gambar...
Baru sampai kat Mid Valley & bersiap sedia nak cuci mata...
 Ibu sibuk gak nak interprame sama...
 Alala tomeinya anak ibu ni...
Thaqif & geng baru - RAINBOW

Nak tahu kenapa nama geng baru RAINBOW???
Nanti ibu ceritakan yer...




  Wajah riang ria kekasih hati ibu...
Tak susah pun nak buat Thaqif gelak cuma agah sikit jer...
Terus gelak mulut lebar sampai telinga...
 Pose yang ibu rasa makin menyerlahkan kecomelan Thaqif... :)














 Bila Thaqif dah sangat pandai pegang botol sendiri ni ler jadinya...
Kekadang tu bukan nak minum sangat tapi nak main2 jer... :)
Tongang terbalik botol tu dikerjakan Thaqif...
Memancut2 air keluar...
Macam2 aksi ada & ibu takkan jemu nak rakamkan aksi Thaqif tu yer...


 Wajah2 teruja jumpa kereta mainan & kuat betul Thaqif pegang stereng...
Tak masuk duit pun eksyen jer lebih (sebab xde syiling)... Hihihihi
 Kami dah sampai kat 2nd Maternity & Children Expo...
Masa untuk shopping... :)
 Seperti biasa kalau penat berjalan Thaqif akan nyusu & terus tidur...
Kami letakkan Rainbow supaya Thaqif peluk tapi Thaqif xnak...
Thaqif lebih berkenan kat BOBO... 
Kesian Rainbow!!!

Comelnya anak ibu tidur... 
Muncung tu tetap comel... :)

 Kat rumah dah ni...
Thaqif tengah tergolek2...
 Thaqif tengah tergolek kat abah...
Tengok kaki tu selamba jer kat muka abah...
Bertuah betul anak ibu ni...
 Ni pulak aksi terkangkang...
Walaupun kurang sopan tapi comel sangat...
Ibu suke !!!
 Thaqif kena tangkap dengan abah...
Tu le kacau abah tengah tido...
 Cuba melepaskan diri...
Dah hampir berjaya yer...
 Hip hip hooray... 
Thaqif dah berjaya melepaskan diri... :)
 Aksi yang baru dapat...
Sembur air liur...
Ibu sangat suka gambar ni...
Cute sangat ibu rasa...
Thaqif buat apa pun tetap cute... :)
 Tengok tu keluar2 air liur dia...
 Siap terlentok2 kepala...
Dagu pun ada 2... :)

 Cutenya Thaqif bila kenyit mata...
Nak belajar pikat anak dara ke ni...
Hahahaha
 Muhammad Thaqif Zihni
Buah hati & si manja ibu...
Ni ler aksi Thaqif bila nak tidur...
Kalau tak dapat nak raba2 muka ibu, dapat gengam tangan ibu pun dah cukup...
Baru Thaqif boleh lena...
Pautan sayang antara ibu & anak...
Kemas & kukuh...
Macam taknak lepas dah... :D