Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday 31 July 2011

Jalan-jalan with abah & ibu di hujung minggu...

Wah sepanjang minggu kami sekeluarga keluar jer... Jumaat lepas balik kerja kami ke Mid Valley sebab ada expo baby... Niat kami nak carik pampers Thaqif tapi jenama Pet Pet takde pulak... Sabtu pun kami ke Mid Valley jugak sebab nak beli barang2 & baju Thaqif... Tak sempat pun nak snap pic sebab keadaan yang tak mengizinkan...

Hari jumaat pulak kami ke PWTC sebab ada pameran hartanah... Rumah cantik2 tapi jauh sangat... Masa kat PWTC aku sempat merakamkan wajah comel buah hati kesayangan kami... Macam2 gaya ada... :) Lepas balik dari PWTC kami ke JJ Cheras Selatan sebab nak beli barang dapur untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia... :)

~ Dah sampai kat PWTC ~
 ~ Bulatnya mata anak ibu nie ~
 ~ Thaqif dengan hammer barunya ~
 ~ Dua2 kaki terkangkang dah ~
~ Muka geram ~
~ Permata hati ibu & abah ~
~ Abah sabotaj muka ibu daaa ~
 ~ Alah tomeinyer die ~
 ~ Uik... Jelir lidah kat ibu ek... ~
 ~ Habit yang tak boleh ditinggalkan... Gigit tuala... ~
~ Kat JJ Cheras Selatan... Dah letih sangat ni... ~

Sunday 24 July 2011

Jalan2 With Abah & Ibu @ KLCC

Wah semlm kami berjalan sakan kat KLCC... Dah lama rasanya kami tak pegi ke sana... 1st time kami bawa Thaqif... Cadang nak berjalan kat taman tapi tak sempat... Cuma sempat jalan2, makan & shopping barang Thaqif... Kami sempat singgah butik baby jer & butik kegemaran kami adalah Mother Care... Mother Care kat KLCC tersangat ler besar... Kalah Mother Care kat Mid Valley & The Curve... Baju2 kat situ pun lebih banyak & best sangat shopping baju Thaqif kat Mother Care KLCC... Kami beli 3 helai baju t-shirt, 3 helai seluar pendek, 5 psg stokin & 1 kipas utk Thaqif... Baju2 tu semua utk Hari Raya... Kami kumpul setiap bulan... Rasanya utk raya ni Thaqif dah ada 10 helai t-shirt & 6 helai seluar... Wah beraya sakan anak ibu...

Kami makan kat food court jer... Husband aku makan nasi ayam (sedap sgt) & aku makan nasi + ayam grilled + kerabu mangga ( kurang sedap)... Kami balik kul 9 lbh... Parking kena sampai RM9 sbb sampai KLCC pukul 4.30 pm...


 ~ Wajah excited... :) ~

 Thaqif with abah ~
Thaqif with ibu ~

 We all in RED team ~

 Thaqif with ibu @ Mother Care ~
 Hasil shopping kami @ Mother Care ~

Tuesday 19 July 2011

Aksi Thaqif walaupun kurang sihat...

Kat bawah aku upload aksi2 Thaqif walaupun Thaqif kurang sihat... Walaupun kurang sihat Thaqif masih aktif... Di usia Thaqif 4 bulan Thaqif dah pandai gigit barang mainan & pandai masukkan kaki dalam mulut... Kekadang tu sampai basah2 stokin... Air liur usah cite ler asyik meleleh jer... Tuala & baju pun abis basah...

~ Amik mood dulu ~

~ Aksi mamam toy ~
~ Wajah ceria walaupun kurang sihat ~
~ Masukkan jari- jemari dulu dalam mulut ~
~ 1st step (angkat kaki dulu yer) ~
~ Hah dah sampai pun ke mulut ~
~ Sukanya tanda dah berjaya ~

~ Aksi akrobatik ke ni ~
~ Gelak besar menandakan 100% berjaya ~

Monday 18 July 2011

Thaqif kurang sihat tapi tetap aktif...

Lepas balik dr check up kami keluar sekejap & cuaca panas sgt... Masa tu aku dapati mata Thaqif kemerah2an & ada tahi mata... Risau gak kami & kami terus bawa Thaqif ke klinik... Doc ckp Thaqif ada demam sikit & mata hampir sakit... Masa kat kampung Thaqif kena selsema sikit & batuk... Tapi selsema sekejap jer dah ok cuma batuk ada lagi... Semua ni kerana cuaca kat kampung terlalu panas & bile malam terlalu sejuk... Aku pulak ada makan durian & minum air sejuk... Mungkin sbb tu kesihatan Thaqif terganggu... Masa tu aku kerap bagi Thaqif nyusu... Alhamdulillah Thaqif ok cuma batuk tu ada lagi... Ini kerana ibu degil & tak dengar ckp sbb masih minum air sejuk... So, tempias komfem kena kat Thaqif... Walaupun Thaqif kurang sihat tapi Thaqif xlembik & aktif macam biasa... Mungkin kerana khasiat susu badan yg ibu bekalkan setiap hari kat Thaqif... Ibu doakan semoga kesihatan Thaqif cepat pulih & sentiasa baik... Amin

Balik Kampung & Check Up (4 bulan)

Hujung minggu baru2 ni kami semua pulang bercuti di kampung aku kat Melaka... Tapi tak dapat nak rakamkan moment2 indah kat sana sbb husband aku lupa nak masukkan semula memori kad dlm camera & aku pulak lupa nak check benda tu... So sampai jer kampung & bile nak snap gmbr tup2 kad takde... Dalam hati kecewa sgt... Tak dpt aku nak rakamkan memori Thaqif dikelilingi oleh wan2, abg & kakak sepupunya kat kampung tue... Next time balik lagi kite bawak memori kad lebih2 ek...

Kebetulan ari isnin tue Thaqif ada check up 4 bulan... Alhamdullillah semua ok & berat Thaqif pun naik sbyk 700gram (sedikit hampa sbb aku target 1kg), sekarang berat Thaqif 6.7kg... Next check up akan datang Thaqif berusia 5 bulan...

Thursday 14 July 2011

Keistimewaan gelaran ibu bagi ku...

Terlalu banyak keistimewaan gelaran ibu bagi aku... Satu perasaan yg sukar nak aku gambarkan... Terasa bagai mimpi bila aku mendapat gelaran IBU... Antara keistimewaannya aku berpeluang menyusukan Thaqif dengan penuh kasih sayang... Alhamdulillah di usia Thaqif 4 bulan ++, aku masih aktif menyusukannya... Bukan riak apatah lagi membangga diri tapi hanya para ibu yang menyusukan bayi dengan sepenuhnya akan faham perasaan aku ini...

Aku & suami rajin membaca info berkenaan susu ibu di internet... Dari situ kami tahu kelebihan susu ibu & dalam Al-Quran pun ada mengatakan kelebihan susu ibu... Alhamdulillah walaupun Thaqif tak setembam bayi lain yang menyusu dengan susu formula (tembam sbb byk gula dlm susu) tapi Thaqif sihat & cepat belajar... Syukur Thaqif tak pernah demam & dijangkiti penyakit lain... Pernah sekali kena batuk (sebab aku minum air sejuk byk sgt) & ada sekali dua berhingus waktu malam (sebab pasang kipas kuat sgt tapi siang ok jer)... So, ibu tak blh minum air sejuk sangat & jangan pasang kipas laju2...

Kalau korang full breastfeeding & bila tengah pump susu, apa perasaan korang bila ada org tegur "SUKANYA TENGOK... SUSU AWAK BANYAKLAH"... Bagi aku bukan bangga tapi itulah istimewanya bergelar seorang IBU... Satu perkataan jer yang aku jawab "ALHAMDULILLAH REZEKI ANAK SAYA" & dlm hati aku berbunga riang... Masa tu ler orang akan tanya apa aku makan sebab susu maintain jer... 

Nak tahu apa aku makan... Dulu pernah dalam pantang air susu aku berkurangan... Bayangkan 1 jam duk pump tapi dapat 2 oz jer... Rasa nak menangis pun ada... Tapi aku & suami tak jemu mencuba bermacam2 petua & akhirnya aku berjaya... Mula2 aku makan lobak putih (campur dlm sup ayam) tapi tak lama... Pastu aku minum jus pegaga (ni bagus & berkesan tp skrg tak minum dah sbb jus pegaga HPA rasa manis, aku lbh suka yg ori) & ambik pil SHAKLEE (ni bagus utk tenaga sbb kerap bangun awal pagi utk pump susu & aku amik smpi skrg)... Aku jugak minum soya jagung (minum smpi sekarang) & susu anmum (jarang minum)... Dan yang terbaru aku makan kurma... 

Tapi bagi aku pemakanan untuk tambahkan susu ni hanya sampingan jer... Yang paling utama kena kerap susukan bayi & pump sekerap yang mungkin beserta dengan disiplin... Lagi kerap directfeeding & pump lagi banyak susu terhasil... Tak lupa jugak mohon doa dari ALLAH s.w.t supaya susu banyak & mencukupi untuk bekalan anak kita... Selain dari tu suami kena banyak bagi dorongan & alhamdulillah suami aku menyokong sepenuhnya...

Kekadang aku rasa sedih + kecewa bila aku tanya ibu2 yang lain bagi anak susu apa & jawapannya campur... Kekadang tu usia anak baru seminggu... Wahai para ibu di luar sana setitik susu yang mengalir mengandungi pahala & bayangkan berapa banyak susu yang anak kite minum... Susu tu mengandungi kasih sayang yg sangat mendalam... Dengan susu tu jugak anak kita sihat & membesar dengan sempurna... Bukan aku kate susu formula tak bagus tapi dari segi kesihatan banyak tak eloknya... Masalahnya dah berlaku depan mata... Anak masih bayi lagi tapi demam, selsema, batuk, cirit-birit dah jadi satu kemestian... Nak katakan tiap2 bulan labur duit kat klinik... Pastu tiap2 bulan keluar duit nak beli susu tapi aku cuma keluar duit beli pampers jer... So duit susu tu aku blh simpan & beli keperluan Thaqif yang lain (blh shopping baju & setiap bulan aku & suami akan peruntukan duit utk beli baju Thaqif)...

Kekadang tu para ibu kat luar sana tu ada yang tak bekerja... Jadi kenapa tak digunakan peluang tu untuk menyusukan anak... Alasannya letih & penat... Walaupun tak keje tapi penat buat kerja rumah... Aku ni kerja & bila sampai rumah aku masih buat kerja rumah tapi kenapa aku ada masa utk pump & menyusukan Thaqif... Semua tu hanya alasan... Kalau nak seribu daya, kalau taknak seribu dalih... Alasan lain pulak sebab anak kuat menyusu... Kalu bagi susu badan anak tak kenyang ker?? Tapi kalau bagi susu formula anak blh kenyang sampai 2 3 hari ker?? Sebenarnya rasa malas tu menguasai diri... Malas nak pangku anak lama2... Kalu bagi botol kejap jer anak minum dah selesai & kenyang... Tapi khasiatnya tak sama wahai ibu2 semua... Lepas balik keje kebiasaannya aku akan directfeeding sehingga anak aku tido... Kalu weekend aku akan full directfeeding cuma lepas mandi pagi je aku akan menyusukan Thaqif guna botol (susu ibu jugak ya) sbb takut Thaqif xnak menyusu botol sbb kalau keje Thaqif akan menyusu guna botol bila kat rumah pengasuh...  

Sebagai ibu aku inginkan yang terbaik untuk Thaqif & aku percaya korang juga sama... Cuma pendedahan tentang susu ibu tu kurang... Yang paling utama korang kena rajin & sabar... Zahirnya sahaja kelihatan penat tapi hakikatnya aku merasakan terlalu bahagia bila Thaqif membesar dengan penuh kasih sayang... Aku dapat rasakan bila Thaqif menyusu badan dia rapat dengan aku & cepat belajar... Dan yang paling berharga Thaqif mendengar kata walaupun masih bayi... Kalau korang tak percaya korang boleh cuba... InsyaALLAH & aku bersyukur ke hadratNYA... :D

Tuesday 12 July 2011

Yes!!! Thaqif dah pandai meniarap... :)

Semalam (11.07.2011) Thaqif dah pandai meniarap & yang paling best Thaqif dah boleh tegakkan kepala di usia 4 bulan 4 hari... Teruja sungguh ibu & abah tengok perkembangan Thaqif... Tak sabar nak tengok Thaqif merangkak lak... Walaupun Thaqif lambat meniarap tapi kami tetap sabar menunggu... Takpe yang penting Thaqif pandai melakukan sesuatu bila di depan kami... Takde le kami ketinggalan utk melihat perkembangan terbaru Thaqif... Anak ibu dah besar & dah bijak... Ibu sayang sangat pada Thaqif... Ibu sayang abah juga... :D

~ Meniarap punya pasal sampai meleleh air liur anak ibu ~
 ~ Comey sungguh anak ibu ~
 ~ Dah nampak ibu le tue ~
 ~ Thaqif pose manja ~
 ~ Jeling lagi kat ibu le tue ~
 ~ Senyum lebar tanda dah berjaya ~
~ Thaqif permata hati ibu & abah ~

Thaqif dah pandai main bola... :)

Makin lama putera kesayangan aku makin besar & makin pandai... Dah 4 bulan pun & Thaqif dah pandai bermain... Permainan pertama yang Thaqif suka main dengan asyiknya ialah bola yang berwarna-warni... Bola ni hadiah dari bos aku (Puan Farahana & Cik Aween)... Sebenarnya Thaqif dpt hamper (ada baju, seluar, bip, selimut, hat, alat mainan & etc)... Sebelum ni kami ada gak beli alat mainan utk Thaqif gigit... Tapi bola ni menarik perhatian Thaqif... Maklum ler banyak kaler & ada bunyi... :) Yang terbaru kami ada beli gak alat mainan utk Thaqif main tpi bile xdapat gigit Thaqif marah & nangis... Alahai anak ibu ni cepat sgt nak mengamuk... :D




Friday 8 July 2011

Luvly Moment With Abah & Ibu @ Genting - 02 July 2011

Wah Thaqif baru nak masuk 4 bulan tapi Thaqif dah jejak Genting tau... :) Kebetulan 2hb kami ke Bentong (kenduri kawin adik ipar aku)... So, aku & husband decide singgah Genting (sambil menyelam minum air)... Kami sampai pun dah petang dalam kul 4 lbh... Saje je jalan2 bawa anak kami... Mula2 kami decide nak beli tiket outdoor tapi kebetulan masa sampai tu macam nak hujan lak... So, kami tukar plan beli utk indoor jer... Tu pun dapat main sikit jer sbb Thaqif masih kecil & nak tidur jer (insyaALLAH bila Thaqif dah besar & pandai berjalan kami nak pegi lagi)... Masa tu baru best sbb Thaqif dah boleh main & tak tidur sgt... Kami sempat lagi singgah ke butik Poney... Kami sambar sehelai t-shirt & seluar pendek utk Thaqif (kumpul utk Hari Raya)... Kami turun dari Genting dalam kul 10 lbh... Walaupun masa terhad tapi tetap best... 1st time g Genting bertiga, dulu berdua jer... :)

~ Singgah kat Masjid Bentong utk solat Zuhur ~
~ Manjanya anak ibu ni ~
 ~ Baru sampai di puncak Genting daaa ~
 ~ Sehati sejiwa (White Team) ~
~ Luvly moment ~
 ~ Anak-beranak mulut ternganga ~
 ~ Tidur dalam keletihan (gambar jauh)~
 ~ Bagi close up sikit... kikiki ~
 ~ Kasih seorang ABAH ~
~ Kasih IBU membawa ke syurga ~
~ Sempat shopping kat Poney ~
 ~ Kurnia ALLAH yang paling istimewa ~
 ~ Putera kesayangan ibu & abah ~