Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday 21 March 2012

Kasih abah sepanjang masa...

Semalam Thaqif dijangkiti selsema pula... Lebih kurang jam 2 pagi Thaqif menangis... Puas aku bagi susu seperti biasa tapi tetap ditolak... Rupa-rupanya Thaqif tak selesa... Banyak jugak hingus yang keluar... Baring salah, duduk salah & Thaqif cuma nak didukung & aku mesti berdiri... Bila abahnya nak ambil Thaqif menolak & menangis... Mungkin rasa tak selesa & lebih tenang di samping ibu... 

Tapi abahnya tak putus asa tetap juga nak dukung sebab Thaqif asyik menangis kerana hingus tu menganggu... Mata dah bengkak & hidung pun dah merah... Bila aku lap Thaqif akan menangis... Sebagai manusia kekadang aku rasa kurang sabar juga tapi cepat2 aku ingatkan diri kembali yang aku ni ibu & perlu lebih banyak bersabar... Walauapapun aku kena bijak menguruskan anak ku & kena lebih memahaminya... InsyaALLAH selagi ibu terdaya ibu akan lakukan yang terbaik untuk Thaqif...

Suami ku seorang yang penyabar bila melayan Thaqif... Kejadian malam tadi membuatkan aku perlu mencontohi dirinya... Dalam keadaan Thaqif yang tidak mahu didukung oleh sesiapa selain aku, abahnya tetap juga berusaha untuk menenangkan dirinya... Puas juga abahnya mencuba akhirnya Thaqif mahu juga... Menangis tetap sama bila selsema itu mengganggu... Akhirnya aku menyuruh suamiku menyedut hingus Thaqif menggunakan mulut... Lebih kurang 3 kali melakukannya akhirnya nampak Thaqif dah selesa sedikit... Mungkin terasa lega bila hingus tu dah semakin kurang...

Lebih mengharukan tak lama selepas tu Thaqif tertidur jugak... Nak tahu di mana??? Bukan dipangkuan @ di bahu ku tapi di bahu ABAHNYA... Lena sungguh nampaknya Thaqif di bahu abah... Itulah dia KASIH seorang abah... Jika kasih ibu membawa ke syurga... Kasih abah sepanjang masa... Itulah dia rasa cinta abah pada Thaqif... 

Tuesday 20 March 2012

Kenapa Thaqif kurang menyusu...

Thaqif sudah besar & semakin bijak... Esok Thaqif dah 1 tahun 2 minggu... Padahal rasa macam baru semalam kami sambut birthday Thaqif yang pertama... Gambar Thaqif masa sambut birthday kat rumah pun belum update lagi... InsyaALLAH ada masa nanti aku akan update... 

Semenjak nak masuk setahun kami lihat ada perubahan sedikit pada Thaqif... Hingga ke hari ni perubahan itu tetap sama... Syukur ke hadrat ALLAH s.w.t Thaqif masih menyusu SI dengan sepenuhnya tanpa campuran susu formula... Nak tau apa perubahan Thaqif... Kalau dulu bila waktu bekerja Thaqif akan minum SI dalam 20 oz setiap hari (mulai jam 7.30 pagi hingga ke 6 petang)... Tapi bila hampir usia 1 tahun Thaqif kurang menyusu... Dalam waktu yang sama Thaqif cuma minum dalam 12 ke 16 oz... Mula2 aku agak risau tapi setelah berbincang dengan family & bertanya pada kawan2 hati ku kembali tenang... Mungkin kerana Thaqif dah setahun & susu ibu bukan lagi menjadi makanan utama...

Hati ku lebih bertambah tenang bila disuap makanan, Thaqif dapat menerima makanan dengan baik... Mungkin ini adalah sebab utama Thaqif kurang menyusu kerana Thaqif banyak menjamah makanan utama seperti nasi... Setiap hari sebelum pergi kerja aku akan masakkan lauk untuk Thaqif... Kebiasaanya sarapan pagi Thaqif akan makan nasi + lauk... Minum pagi Thaqif akan makan biskut @ roti... Waktu tengahari Thaqif akan dijamu nasi + lauk lagi... Minum petang Thaqif juga akan diberi makan biskut @ roti @ macaroni (makanan baru)... Makan malam tetap jugak diberikan nasi @ macaroni & Thaqif akan makan buah sekali @ 2x setiap hari seperti buah anggur, pear, pisang, epal, betik & lain2...

Kekadang ada menu lain juga yang kami berikan seperti nasi goreng, roti canai, mushroom sup, nugget, kek & banyak lagi sekadar mencuba makanan baru... Sekiranya kek, kami cuma beri dalam kuantiti yang sedikit sekadar untuk merasa... Jadi kesimpulannya bila Thaqif dah berusia lebih 1 tahun & boleh makan makanan keluarga Thaqif jadi kurang menyusu... Kebanyakan respon dari kekawan, mereka berkata takpe asalkan berat badan anak bertambah... Masa Thaqif 1 tahun berat Thaqif hanya 9 kg... Walaupun tak berat mana tapi Thaqif sihat... Kekadang demam juga tapi tak mengambil masa yang lama untuk pulih... 

Walaupun begitu kami tak begitu teruja dalam memberikan Thaqif makanan... Kena tapis jugak & bagi makanan yang berkhasiat... Minyak pun kami gunakan minyak sayuran... Dajan2 kami tak bagi sebab tak bagus & kalau boleh memang taknak bagi pun... Cuma dari segi minuman aku hanya memberikan Thaqif SI & air suam saja... Mungkin minuman tambahan seperti susu kambing & susu lembu segar akan aku berikan selepas Thaqif 2 tahun... Kami sentiasa berdoa agar Thaqif sentiasa dapat menerima makanan dengan baik... Walaupun Thaqif kurang menyusu bila aku bekerja tetapi bila bersama Thaqif menyusu seperti biasa mungkin kerana ibu sentiasa disisinya & membekalkan susu yang segar... Ikut kajian susu formula hanya ada 1 rasa & susu ibu ada pelbagai rasa kerana setiap apa yang dimakan oleh ibu itu akan disalurkan ke susu... Jadi segala apa yang aku makan Thaqif rasa sama... Cuma kekadang tu terlepas jugak makan makanan tak berkhasiat tapi jarang sekali... 

Sehingga kini aku masih teruja memberikan Thaqif susu badan & tak pernah jemu melakukan aktiviti pump walaupun dah lebih 1 tahun melakukan aktiviti yang sama... Alhamdulillah stok susu ada dalam 40 botol... Kalau nak ikutkan kena tambah lagi tapi stok botol tidak mengizinkan... InsyaALLAH nanti aku akan beli botol lagi untuk buat stok susu Thaqif...

Kepada Thaqif ibu & abah berharap Thaqif menjadi anak yang soleh & patuh segala suruhan ALLAH s.w.t... Jadi anak yang bijak, menghormati orang tua & sentiasa merendah diri... Semoga Thaqif sentiasa menjadi orang yang menghargai... Ingat satu perkara bahawa ibu & abah tidak mengharapkan balasan tapi cukuplah sekadar anak  ibu ni sentiasa meletakkan kami di satu sudut hati Thaqif... Kami cuma harapkan yang terbaik untuk Thaqif...

Thursday 8 March 2012

Happy Birthday To Our Thaqif (1st)

Cepat betul masa berlalu & rasanya baru semalam aku melahirkan Thaqif... Masa berlalu sangat cepat & Thaqif dah setahun pun... Rasa macam tak puas kami mengadap wajah mulus Thaqif ketika baru lahir & sehingga dah besar panjang ni... Rasa masih tak puas tengok Thaqif mula meniarap, merangkak, memegang makanan, duduk, berdiri & sebagainya... Sekarang macam2 Thaqif dah pandai & mulut pun sangat bising cuma berjalan jer belum lagi...

Semalam Hari Lahir Thaqif yang pertama (07.03.2012)... Kami bertiga celebrate di Kenny Rogers (kami cuma beli 1 slice kek di Secret Recipe)... InsyaALLAH sabtu ni kami akan sambut besday Thaqif dengan suasana lebih meriah lagi... Walaupun sambutan ala kadar tapi cukup untuk buat kami sekeluarga happy sangat... Kepada Thaqif, ibu & abah berharap Thaqif menjadi anak yang soleh, taat kepada ALLAH s.w.t & ibu bapa, menjadi insan yang berjaya di dunia & akhirat... Semoga Thaqif bahagia selalu & semoga panjang umur serta dimurahkan rezeki...
 Belum apa2 dah nangis...
Semua gara2 ibu tak bagi pegang pisau...
 Tengok tu bila dah dapat pisau xnak tengok camera lak...
Ibu xsabar2 nak posing ni...
 Kita potong kek dulu...
Happy birthday to Thaqif!!!
 Yum yum...
Walaupun hanya 1 slice tapi melazatkan...
 Eksen potong jer lebih tapi tak gak masuk2 dalam mulut...

 Kami teruja potong kek...


 Thaqif & abah beraksi pulak...

 Penat sangat Thaqif tunggu tapi tak gak dapat makan...
Last2 kena sambar dengan Thaqif...
 1st rasa kek...
Muka teruja...
 Taknak tunggu lama sebab sedap...
 Tu tandanya Thaqif rasa sedap...
Kami boleh kongsi apa saja...
 Thaqif tengah makan macaroni cheese...
Sedap (ibu kata!!!)



 Muka teruja sebab 1st dapat makan macam2 selain bubur nasi...
 Merdeka merdeka merdeka...
Hari ni saya dapat makan makanan sedap2...
 Saya belum kenyang lagi...





 Muka happy selepas menjamu selera bersama ibu & abah...




Thaqif & abah in action...

We luv u so much!!!

Monday 5 March 2012

Aktiviti Thaqif di rumah...

Kebiasaannya kami dapat meluangkan sepenuh masa dengan Thaqif bila hari cuti... Cuma kekadang aku EL @ MC terutama bila Thaqif tak sihat... Kekadang aku akan ambil cuti bila mak pergi klinik... Jadi sepanjang hari aku akan bergolek dengan Thaqif... Jumaat (2 Mac 2012) lepas aku MC sebab Thaqif tak sihat (demam & cirit-birit)... Alhamdulillah walaupun tak sihat Thaqif masih aktif... Cuma kesian kat Thaqif sebab sehari b***k sampai 15x... Perancangan awal hujung minggu lepas nak balik kampung tapi kami terpaksa tunda di minggu lain... 

Ok mari kita sama2 saksikan aktiviti Thaqif bila di rumah...
 Aksi mencungkil gigi sambil menonton tv...
  Muka teruja tengok camera...
  Thaqif mmg tekun tengok tv terutama rancangan zikir kat Astro Oasis...
  Saya nak belajar ni jadi jangan kacau saya!!!
 Nak belajar ke nak gigit buku ni???

  Tunggang langgang buku tu dibuatnya...
  Pantang jumpa semua benda nak gigit...
  Nangis sudah...
Gigit sampai basah2 baju...

Masih belum puas nak gigit...
Thaqif buat muka comel...






Macam2 ada!!!
Berdiri dengan bantuan...


Habit yang masih belum hilang...










Reaksi Thaqif bila tengok & dengar zikir kat Astro Oasis...

Saya petani moden!!!
Budak comel sudah nangis...


Thaqif dengan wan...

Petani paling comel di abad ini...






Buah hati ibu yang banyak aksi...