Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday 21 March 2012

Kasih abah sepanjang masa...

Semalam Thaqif dijangkiti selsema pula... Lebih kurang jam 2 pagi Thaqif menangis... Puas aku bagi susu seperti biasa tapi tetap ditolak... Rupa-rupanya Thaqif tak selesa... Banyak jugak hingus yang keluar... Baring salah, duduk salah & Thaqif cuma nak didukung & aku mesti berdiri... Bila abahnya nak ambil Thaqif menolak & menangis... Mungkin rasa tak selesa & lebih tenang di samping ibu... 

Tapi abahnya tak putus asa tetap juga nak dukung sebab Thaqif asyik menangis kerana hingus tu menganggu... Mata dah bengkak & hidung pun dah merah... Bila aku lap Thaqif akan menangis... Sebagai manusia kekadang aku rasa kurang sabar juga tapi cepat2 aku ingatkan diri kembali yang aku ni ibu & perlu lebih banyak bersabar... Walauapapun aku kena bijak menguruskan anak ku & kena lebih memahaminya... InsyaALLAH selagi ibu terdaya ibu akan lakukan yang terbaik untuk Thaqif...

Suami ku seorang yang penyabar bila melayan Thaqif... Kejadian malam tadi membuatkan aku perlu mencontohi dirinya... Dalam keadaan Thaqif yang tidak mahu didukung oleh sesiapa selain aku, abahnya tetap juga berusaha untuk menenangkan dirinya... Puas juga abahnya mencuba akhirnya Thaqif mahu juga... Menangis tetap sama bila selsema itu mengganggu... Akhirnya aku menyuruh suamiku menyedut hingus Thaqif menggunakan mulut... Lebih kurang 3 kali melakukannya akhirnya nampak Thaqif dah selesa sedikit... Mungkin terasa lega bila hingus tu dah semakin kurang...

Lebih mengharukan tak lama selepas tu Thaqif tertidur jugak... Nak tahu di mana??? Bukan dipangkuan @ di bahu ku tapi di bahu ABAHNYA... Lena sungguh nampaknya Thaqif di bahu abah... Itulah dia KASIH seorang abah... Jika kasih ibu membawa ke syurga... Kasih abah sepanjang masa... Itulah dia rasa cinta abah pada Thaqif... 

No comments:

Post a Comment