Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday 20 March 2012

Kenapa Thaqif kurang menyusu...

Thaqif sudah besar & semakin bijak... Esok Thaqif dah 1 tahun 2 minggu... Padahal rasa macam baru semalam kami sambut birthday Thaqif yang pertama... Gambar Thaqif masa sambut birthday kat rumah pun belum update lagi... InsyaALLAH ada masa nanti aku akan update... 

Semenjak nak masuk setahun kami lihat ada perubahan sedikit pada Thaqif... Hingga ke hari ni perubahan itu tetap sama... Syukur ke hadrat ALLAH s.w.t Thaqif masih menyusu SI dengan sepenuhnya tanpa campuran susu formula... Nak tau apa perubahan Thaqif... Kalau dulu bila waktu bekerja Thaqif akan minum SI dalam 20 oz setiap hari (mulai jam 7.30 pagi hingga ke 6 petang)... Tapi bila hampir usia 1 tahun Thaqif kurang menyusu... Dalam waktu yang sama Thaqif cuma minum dalam 12 ke 16 oz... Mula2 aku agak risau tapi setelah berbincang dengan family & bertanya pada kawan2 hati ku kembali tenang... Mungkin kerana Thaqif dah setahun & susu ibu bukan lagi menjadi makanan utama...

Hati ku lebih bertambah tenang bila disuap makanan, Thaqif dapat menerima makanan dengan baik... Mungkin ini adalah sebab utama Thaqif kurang menyusu kerana Thaqif banyak menjamah makanan utama seperti nasi... Setiap hari sebelum pergi kerja aku akan masakkan lauk untuk Thaqif... Kebiasaanya sarapan pagi Thaqif akan makan nasi + lauk... Minum pagi Thaqif akan makan biskut @ roti... Waktu tengahari Thaqif akan dijamu nasi + lauk lagi... Minum petang Thaqif juga akan diberi makan biskut @ roti @ macaroni (makanan baru)... Makan malam tetap jugak diberikan nasi @ macaroni & Thaqif akan makan buah sekali @ 2x setiap hari seperti buah anggur, pear, pisang, epal, betik & lain2...

Kekadang ada menu lain juga yang kami berikan seperti nasi goreng, roti canai, mushroom sup, nugget, kek & banyak lagi sekadar mencuba makanan baru... Sekiranya kek, kami cuma beri dalam kuantiti yang sedikit sekadar untuk merasa... Jadi kesimpulannya bila Thaqif dah berusia lebih 1 tahun & boleh makan makanan keluarga Thaqif jadi kurang menyusu... Kebanyakan respon dari kekawan, mereka berkata takpe asalkan berat badan anak bertambah... Masa Thaqif 1 tahun berat Thaqif hanya 9 kg... Walaupun tak berat mana tapi Thaqif sihat... Kekadang demam juga tapi tak mengambil masa yang lama untuk pulih... 

Walaupun begitu kami tak begitu teruja dalam memberikan Thaqif makanan... Kena tapis jugak & bagi makanan yang berkhasiat... Minyak pun kami gunakan minyak sayuran... Dajan2 kami tak bagi sebab tak bagus & kalau boleh memang taknak bagi pun... Cuma dari segi minuman aku hanya memberikan Thaqif SI & air suam saja... Mungkin minuman tambahan seperti susu kambing & susu lembu segar akan aku berikan selepas Thaqif 2 tahun... Kami sentiasa berdoa agar Thaqif sentiasa dapat menerima makanan dengan baik... Walaupun Thaqif kurang menyusu bila aku bekerja tetapi bila bersama Thaqif menyusu seperti biasa mungkin kerana ibu sentiasa disisinya & membekalkan susu yang segar... Ikut kajian susu formula hanya ada 1 rasa & susu ibu ada pelbagai rasa kerana setiap apa yang dimakan oleh ibu itu akan disalurkan ke susu... Jadi segala apa yang aku makan Thaqif rasa sama... Cuma kekadang tu terlepas jugak makan makanan tak berkhasiat tapi jarang sekali... 

Sehingga kini aku masih teruja memberikan Thaqif susu badan & tak pernah jemu melakukan aktiviti pump walaupun dah lebih 1 tahun melakukan aktiviti yang sama... Alhamdulillah stok susu ada dalam 40 botol... Kalau nak ikutkan kena tambah lagi tapi stok botol tidak mengizinkan... InsyaALLAH nanti aku akan beli botol lagi untuk buat stok susu Thaqif...

Kepada Thaqif ibu & abah berharap Thaqif menjadi anak yang soleh & patuh segala suruhan ALLAH s.w.t... Jadi anak yang bijak, menghormati orang tua & sentiasa merendah diri... Semoga Thaqif sentiasa menjadi orang yang menghargai... Ingat satu perkara bahawa ibu & abah tidak mengharapkan balasan tapi cukuplah sekadar anak  ibu ni sentiasa meletakkan kami di satu sudut hati Thaqif... Kami cuma harapkan yang terbaik untuk Thaqif...

No comments:

Post a Comment