Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday 15 December 2011

Kami diuji lagi...

Walauapapun yang terjadi kami suami isteri tetap redha & takkan sesekali merungut terhadap apa yang terjadi kepada Thaqif... Selama 8 bulan lebih Thaqif membesar dengan sihat... Demam pertama semasa Thaqif berusia 8 bulan 3 minggu & kami diuji lagi semasa Thaqif berusia 9 bulan 5 hari... Pada hari isnin (12.12.2011) semasa tidur aku dapat rasakan badan Thaqif panas... Ingatkan tiada apa2 & kami bekerja seperti biasa... Balik kerja pada hari selasa seperti biasa aku akan memanggil Thaqif tapi riak muka Thaqif tak seperti biasa... Mak kata Thaqif panas badan... Malam tu Thaqif tak tidur sangat & kami bersama2 menjaga Thaqif... Walauapapun kami bangga dapat menjaga Thaqif ketika keadaannya tidak sihat...

Kalau ikutkan hati, aku tak mahu datang kerja pada hari rabu tapi disebabkan banyak kerja penting melibatkan perkara besar aku terpaksa datang kerja jugak walaupun hati tak sepenuhnya... Aku bersyukur sangat suami ku berkorban mengambil cuti untuk menjaga Thaqif... Thaqif maafkan ibu, ibu tak dapat bersama2 Thaqif... Kami ingatkan Thaqif tak sihat kerana nak tumbuh gigi tapi Thaqif dijangkiti demam campak... Semuanya dapat dikesan pada hari rabu & suami aku terus bawa Thaqif ke klinik... Mujur tak terlalu serius tetapi hati ibu mana yang akan tenteram... Lepas suami ku ambil aku balik dari kerja kami terus beli buah kelapa untuk bagi Thaqif minum & sapu di badannya...

Malam tu Thaqif tak dapat tidur sangat & kami takkan sesekali merasa keletihan semasa menjaga Thaqif... Thaqif kurang menyusu kerana campak tersebut ada di dalam mulut Thaqif & semestinya Thaqif merasa sakit... Pada hari ini suami ku mengambil cuti lagi... Terima kasih abang kerana menjaga anak kita... Thaqif, ibu sentiasa berdoa supaya Thaqif cepat sembuh & sihat seperti sediakala... Ibu tak kuat untuk melihat keadaan Thaqif... Pilu rasa hati ni bila mendengar Thaqif menangis seolah2 memberitahu ibu yang Thaqif sakit & tidak selesa... Hanya yang ibu mampu buat ialah sabar menjaga Thaqif & berdoa kepada ALLAH s.w.t supaya Thaqif cepat sembuh & kembali ceria... Setiap doa ibu akan sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu... Ibu & abah sayang Thaqif...

No comments:

Post a Comment