Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday 12 December 2011

Jiwa kami meruntun hiba...

Setelah sekian lama akhirnya kami pasrah juga... Walauapapun kami tetap bersyukur Thaqif membesar dengan sihat & bijak di bawah jagaan kami... Tapi ALLAH s.w.t berkuasa atas segala2nya... Di usia Thaqif 8 bulan 3 minggu Thaqif demam + muntah2 + b***k2... Pertama kali Thaqif tak sihat & sebelum ni pernah Thaqif panas badan sedikit tapi sekejap jer & rasanya tak sampai sehari... Semua ni disebabkan aku makan durian... Setakat  selsema & batuk tu biasa2 jer sebab aku minum air sejuk... Sekarang takde masalah dah... Maklumlah Thaqif menyusu badan... 

Sebelum Thaqif tak sihat malam ahad (27.11.2011), kami pergi i-City... Sampai kat sana hujan renyai2... Mula2 taknak keluar gak tapi bila tengok dah ok sikit kami pun keluar... Kami pakaikan Thaqif topi & ingatkan takde masalah tapi kami silap... Malam tu nampak sangat Thaqif takde mood... Tapi yang kami sedar keesokkan harinya selepas bagi Thaqif makan dalam pukul 10 ke 11 pagi... Lepas bagi makan jer Thaqif muntah dengan banyak... Masa tu aku menangis sebab terlalu terkejut.... Suami aku tak tunggu lama terus suruh siap2 & bawak Thaqif ke klinik...

Masa check doc kate Thaqif belum demam lagi & jika muntah lebih kerap doc suruh bawa ke hospital... Kami ingatkan Thaqif ok & kami pun singgah di JJ Cheras Selatan untuk makan tengahari... Masa tu dah nampak Thaqif dah lesu & Thaqif muntah kali kedua tapi sedikit aje... Balik kami singgah kat pasar malam sebab nak beli sedikit lauk... Masa tu Thaqif b***k & cair... Semuanya salah kami sebab kami tetap jugak keluar... Masa nak balik rumah Thaqif terlepek kat bahu aku... Ya ALLAH aku bersalah pada anak ku... Malam tu Thaqif b***k lagi...

Kemuncaknya pada isnin malam (28.11.2011), kami telah bagi ubat tapi badan Thaqif panas mendadak & setiap setengah @ 1 jam Thaqif akan bangun... Setiap kali bangun Thaqif akan merengek sebab badan Thaqif panas sangat... Masa tu apa yang kami mampu hanya kendong Thaqif & berjalan sekitar rumah... Hanya itu yang boleh buat Thaqif lega & diam... Ya ALLAH betul2 kami rasa tak kuat bila lihat keadaan Thaqif... Meruntun jiwa kami bila melihat Thaqif yang tak sihat... Semalaman kami tak tidur & itu semua tak mendatangkan masalah pada kami... Yang paling penting dalam hati kami hanya mahu menjaga & mendoakan Thaqif supaya cepat sembuh...

Keesokkan hari kami membawa Thaqif ke klinik lagi... Tapi siang hari badan Thaqif tak panas cuma lesu & masih b***k2 lagi... Kami ingatkan Thaqif tak sihat kerana terkena hujan tapi mengikut kata doc kemungkinan Thaqif meniarap & mengutip sesuatu... Kerana itu Thaqif muntah2 & b***k2... Tapi semua ni pengajaran kepada kami... Selepas ni kami takkan keluar kalau hujan & berhati2 semasa Thaqif meniarap... Tak mahu Thaqif terkutip benda2 kotor... Kami tak kisah menjaganya semasa Thaqif tak sihat tapi kami tak sanggup melihat permata hati kami lesu & tak berdaya...

Aku tak datang keje selama 2 hari kerana risau & tak sanggup meninggalkan Thaqif... Aku mahu melihat Thaqif betul2 sihat dulu baru aku akan mula bekerja... Alhamdulillah pada petang rabu (30.11.2011), aku lihat Thaqif dah aktif seperti biasa... Menjerit2 & gelak ketawa seperti hari2 sebelumnya... Ya ALLAH aku terlalu bersyukur pada Mu kerana anak kami sihat seperti sediakala... Thaqif tak sihat selama 3 hari & aku terasa bagai nyawa ku terbang melayang... 

Walauapapun aku bersyukur kepada Mu kerana ujian ini & ia membuatkan kami suami isteri lebih tabah untuk menjaga Thaqif... Tiada yang lebih berharga dalam dunia ini selain THAQIF... Ibu terlalu sayangkan kamu & jika diberi pilihan ibu rela gantikan tempat mu... Abah pun terlalu sayangkan kamu kerana setiap kali kamu menangis abah adalah orang yang sentiasa disamping mu... 
Wajah Thaqif masa kami belum sedar yang Thaqif tak sihat...

No comments:

Post a Comment