Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday 1 November 2011

Perihal susu lagi...

Kisah susu kembali lagi... Aku bersyukur saat ini si manja ku sudah 7 bulan 3 minggu 4 hari... InsyaALLAH 07.11.2011 si manja ku genap 8 bulan... Semenjak lahir di bumi ALLAH ini si manja ku hanya dibekalkan dengan susu dari badan ku sendiri yakni tanpa bantuan susu formula... Kenapa yer aku begitu teruja dengan susu ibu... Jikalau anda semua ikuti blog ku ini dari awal mungkin anda akan memahami kehendak naluri ku...

Aku mula teruja untuk memberikan si manja ku dengan susu ku sendiri apabila aku mula check up kehamilan di PPUM & disokong 100% oleh suami ku... Selepas tu kami mula mencari pelbagai info berkenaan dengan susu ibu... Mental, fizikal & semangat mesti seiring untuk memperjuangkannya... Alhamdulillah aku berjaya & tak terlambat kalau aku mengatakan aku pernah rasa untuk PUTUS ASA tapi tiba2 sahaja semangat itu datang kembali & aku tetap meneruskan perjuangan ku... Sehingga kini si manja ku membesar dengan susu ku sendiri...

Suami adalah orang penting yang sentiasa berada di sisi ku & tak lupa juga kepada keluarga yang sentiasa menyokong (kebetulan ada segelintir ahli keluarga ku yang mengamalkan penyusuan susu ibu)... Selain itu rakan2 juga turut menyokong tetapi aku kurang pasti jika ada rakan2 yang kurang menyokong... Walaupun begitu aku tetap dengan pendirian ku... Tempoh awal selama 6 bulan telah ku lalui dengan jayanya... Sekarang aku ingin berjuang untuk tempoh selebihnya selama 2 tahun & jika rezeki si manja ku begitu murah insyaALLAH akan ku usahakan melebihi angka 2 tahun...

Selagi mampu akan ku perjuangkannya... Penat & letih sudah biasa dalam hidup ku... Walaupun tangan ku berasa lenguh bekerja selama 1 jam tapi bagi ku itu semua perkara biasa... Jika hasilnya lebih aku akan berasa sangat gembira kerana berjaya memperolehi rezeki untuk anak ku... Akan ku khabarkan kepada suami ku berapa banyak hasil yang ku perolehi... Seronok bukan??? Kita insan istimewa & jika kena pada gayanya senang sangat memperolehi pahala percuma... 

Aku terlalu teruja melihat si manja ku yang semakin hari semakin keletah dengan kerenahnya... Bijak kena pada namanya... Sihat  & tangkas kena dengan pemakanan & minumannya... Alhamdulillah di usia manja ku hampir 8 bulan, aku bersyukur anak ku tidak pernah demam & sakit... Kelebihan susu ibu bukan??? Anda semua juga harus berfikiran positif untuk memberikan yang terbaik untuk si manja...

Panjang betul mukadimah aku kan??? Ceritanya bermula di sini... Setiap hari aku akan pump susu ikut jadual... Cuma waktu cuti aku akan pump sekali jer sehari di waktu pagi & selebihnya anak ku akan menyusu secara terus... Jika waktu bekerja aku akan pump waktu pagi (8 ke 10 oz), tengahari (6 ke 7 oz) & petang (5 ke 6 oz)... Walaupun tak banyak mana tetapi aku tetap bersyukur pada Nya kerana dimurahkan rezeki untuk si manja ku... 

Aku baru selesai sesi pump tengahari pada hari ni... Alhamdulillah dapat 7oz (boleh pump lagi tapi aku terpaksa berhenti kerana masa tidak mengizinkan)... Seorang rakan ofis aku menegur "sudahlah tu mas, bukan penuh pun botol tu"... Lebih kurang itu ler ayatnya & maksud yang terang2 aku sendiri boleh faham... Mungkin rakan ku tidak berniat berkata begitu & mungkin juga bergurau tapi sebagai seorang ibu aku terpanggil untuk melahirkan perasaan kecewa ku... Hanya satu yang ku jawab padanya "tak boleh kata begitu yang penting mesti katakan ada & pump selagi terdaya"... Kalau kita sendiri mengatakan tiada susu, macamana susu tu nak melimpah??? 

Pengeluaran susu ibu ni yang paling penting ialah yakin & jangan putus asa... Kalau tak yakin & cepat putus asa makan milk booster apa pun tak jalan... Bagi aku apa pun orang nak cakap, cakap ler... Yang penting aku mahukan yang terbaik untuk si manja ku & aku dapat lihat kelebihan susu ibu yang menyerap dalam badan si manja ku... Sungguh senang menjaganya & tak banyak kerenah... Susah nak dengar tangisannya & apa yang menakjubkan hanya senyuman & gelak tawa yang selalu dihidangkan untuk aku & suami ku...

Susu ku adalah HAK anak ku... Usahlah dirampas apa yang menjadi haknya... Aku ingin dia membesar dengan susu ku yang sentiasa mengalir dalam tubuhnya... Aku ingin dia menjadi umat & anak yang taat dengan susu ku yang menyerap dalam setiap darahnya... Aku ingin dia berjaya dengan susu ku yang aku yakin keberkatannya... Begitu juga dengan anda semua... Susu anda adalah hak anak anda... Tapi terpulang kepada anda sendiri menentukan apa yang terbaik untuk anak anda... 

Salam sayang untuk semua... Semoga kita sama2 mendapat keberkatannya... Yang indah itu datang dari ALLAH s.w.t & yang buruk itu datang dari ku... Kepada Nya aku berserah & memohon segalanya... AMIN

No comments:

Post a Comment