Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday 10 November 2011

Aidiladha 2011 & aksi manja ku di usia 8 bulan...

Selamat menyambut Aidiladha semua... Maaf lambat nak ucapkan sebab baru hari ni nak upload entry my dear Thaqif yang baru... Raya haji tahun ni kami balik rumah mak mertua aku di Pahang... Kami gerak sabtu tengahari (dalam pukul 1) tapi sampainya malam... Jalan jem bagai nak rak... Masa nak balik KL pun sama... Gerak dalam kul 4.45 petang tapi sampai KL dalam kul 9.30 malam... Dua-beranak terlentok2 tido kat belakang tapi my husband tekun memandu... Sori yer abg sebab kami berdua ni pantang jumpa air-cond... :)

Hajat di hati nak ambil gambar bersama2 family kat Pahang tapi tak dapat... Nak amik gambar masa duk kat rumah macam tak ok pulak sebab memasing semua tayang rambut... Kebetulan kami nak pegi beraya rumah makwe (mak saudara kepada husband aku) & masing2 dah dalam kategori lawa2 tapi tak pulak teringat nak amik gambar... Dah lama aku jadi menantu & dah ada sorang anak pun tapi tak penah amik gambar bersama... InsyaALLAH kalau berkesempatan nanti bolehlah kami bergambar bersama2...

Lepas berkunjung ke rumah makwe & menjamu selera dengan kerepek2 & laksa kami pun bertolak ke Temerloh sebab nak melawat kakak ipar aku pulak... Di sana kami dijamu dengan soto pulak... Sedap sehingga tak nampak husband aku duk kat depan... :D Walaupun aktiviti di kampung agak terhad tapi aku tak mensia2kan peluang untuk merakamkan wajah2 indah si manja ku Thaqif... Kebetulan hari isnin yang lalu sehari selepas Aidiladha Thaqif genap 8 bulan... Anak ibu dah besar & bijak... Perkara baru yang Thaqif buat muncungkan mulutnya... Comel sungguh & sangat bergaya... Bila ibu & abah tengok muncung tu rasa cam nak gigit2 aja... Kalah muncung abah tapi kalau waktu tido muncung dua-beranak ni sama jer bentuknya... Hihihihi...





 Lebar mulut bila gelak...
Ramai kawan ibu kata Thaqif gelak macam ibu...
Maklum ler Thaqif kan si manja ibu...
 Aksi comel yang boleh meruntunkan hati ibu...





 Semua aksi2 ni di antara ibu & Thaqif sahaja...
Abah takde sebab pegi solat...
Ibu seronok sangat sebab bila ibu agah Thaqif gelak sakan...
 Antara gelak tawa Thaqif yang membuatkan ibu tak lena tido...
Sangat comel & buat ibu sentiasa rinduuuu...

 Ibu yang snap sendiri sebab abah lum selesai solat lagi...
Jadi gak walaupun amik sendiri...
Yang bestnya Thaqif tengok kamera... :)
 Masa ni Thaqif sibuk main dengan sweater ibu...
Bukan taknak bagi main tapi sweater tu dah lama dalam kereta takut tak bersih...
 Ibu abadikan gambar Thaqif & abah sebelum ibu gi solat...
Thaqif kalau jumpa stereng memang teruja sikit...
Pegang stereng mengalahkan pelumpa F1...
Padahal stereng lebih besar dari lengan... :)
 Lenanya si manja ibu ni tido...
Maklumlah kat kampung sejuk lak tu...
 Alhamdullillah rezeki untuk Thaqif di subuh hari...
Setelah puas memerah akhirnya berjaya dapat 10 oz...





 Thaqif meniarap dengan posisi yang sangat bergaya...
Anak ibu ni murah betul dengan senyuman...
Makin lama makin comel ibu tengok...
Kami nak pulang dah...
Tapi gambar ni special sikit...
Nak tahu apa???
Close up sikit...
.....
...
.

Ini dia ibu dapat amik gambar Thaqif tengah bersin...
Comeinyer!!!!!
 Habis air liur semua bersembur... :D


 Muncung tu tetap gak nak interprame... 
Waduhhh anak ibu nie...
 Aksi mata kuyu ler pulak...
Aksi mulut senget pulak dah...
 Alamak kacak ler dia...
Anak sapa ni yer???

Anak sapa lagi anak dak Mass & encik Zubaide ler...

 Abah tekun memandu & Thaqif lak tetap dengan muncungnya...
 Dua-beranak memberikan pose yang kacak lagi bergaya...
I likeeeee !!!

 Alamak tinggal pampers jer...
Nampak sudah dia punya *****...

 Thaqif nampak comel bila tak berbaju...
Badan saya nampak comel sebab saya minum susu ibu...
 Nak keluar sudah itu muncung...
Banyak comel lah dia...
Air liur sampai meleleh kat perut...
Tak sempat nak lap...
 Buat muncung sampai kembang2 hidung...
 Tersengih sambil mencungkil telinga...
Alamak dah macam budak besar !!!

No comments:

Post a Comment