Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday 15 November 2011

Yang ibu sangat suka!!!!

Bagi aku yang paling seronok dalam hidup ni bila Thaqif lahir ke dunia... Hadir membawa cahaya dalam hidup kami berdua... Orang kata bosan bila masa berpantang sebab duk memerap kat rumah... Tapi bagi aku seronok sangat sebab dapat menjaga Thaqif & tempoh 2 bulan lebih tu rasa sekejap jer... Masa 1st time hantar Thaqif ke rumah pengasuh pun hati tak usah cerita ler... Luar dalam menangis... Mana taknya dah 2 bulan lebih dengan kite tup tup nak bagi orang jaga... Meroyan sekejap aku...

Sampai sekarang Thaqif dah 8 bulan 8 hari, aku memang teruja nak tunggu cuti hujung minggu & cuti2 lain... Kekadang tu tak sabar2 nak tunggu hari jumaat pastu tension bila dah ahad sebab esoknya nak keja... Rasa baru sekejap jer dapat berulit dengan Thaqif... Kebiasaannya hari cuti kami keluar gi jejalan & berkunjung ke rumah sedara... Kalau tak ke luar kami akan duk bertapa kat rumah & Thaqif akan sentiasa kat celah ketiak aku... :)

Nak tahu apa aktiviti aku bila bersama Thaqif dihujung minggu... Aktiviti yang selalu aku buat & takkan jemu aku lakukan... Jom kita sama2 saksikan checklist kat bawah ni...

1) Sudah semestinya akan sentiasa salinkan pampers untuk Thaqif jika dah basah @ Thaqif dah uk uk (kalau uk uk abah akan tolong pegang sbb ibu akan memainkan peranan penting).
2) Mandikan Thaqif & abah akan tolong jugak sebab ibu akan mengulit2 badan Thaqif dengan buih2 cinta. Kalau time mandi Thaqif mmg suka kekadang siap nangis sebab tak puas.
3) Siapkan Thaqif & pakaikan baju cantik2. Kat bawah ni step dia:-

  • 1st ibu akan sapukan baby oil (lavender) @ baby losyen
  • Ibu akan sapu bedak baby carrie junior
  • Ibu akan sapukan candid-b kat mana2 bahagian yang ibu rasa cam ada ruam
  • Seterusnya ibu akan sapu ubat jika ibu ternampak ada gigitan nyamuk (bila nampak nyamuk gigit ibu & abah pasti sedih sebab kami dah berjaga2 tapi terlepas gak). 
  • Selepas tu ibu akan sapukan minyak yu yee kat perut
  • Pakaikan Thaqif pampers tapi sekarang Thaqif dah taknak duk diam
  • Selepas tu pakaikan baju
  • Pastu bersiap sedia dengan putik kapas untuk cungkil telinga & hidung (part hidung payah sikit sebab Thaqif tak suke).
4) Aktiviti seterusnya yang ibu suka ialah suapkan Thaqif makan bubur & buah.
5) Main2, agah2 & menonton bersama2.
6) Tak lupa juga menyusukan Thaqif (part penting ni).
7) Akhir sekali yang paling ibu suka ialah tidurkan Thaqif & ibu pun kekadang akan         tidur sama. :)


Tamat sudah apa yang ibu suka buat bila bersama Thaqif... 

No comments:

Post a Comment