Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday 2 August 2011

Puasa oh puasa...

Puasa datang kembali & ini puasa yang pertama setelah aku bergelar ibu... Walaupun puasa, rutin harian aku seperti biasa... Sebelum puasa aku risau juga jika susu merundum... Tapi aku banyak membaca dalam internet yang menyatakan susu tak akan merundum tapi kiter kena makan & minum air suam secukupnya... Nak tau apa persediaan aku sebelum puasa? 

Selain niat kepada ALLAH s.w.t memohon agar pengeluaran susu seperti biasa... Semasa sahur aku akan makan nasi & minum air dalam kuantiti yang banyak (cuma pagi tadi kurang makan sebab xselera)... Selain tu, aku mengambil 7 biji kurma & 3 biji pil Alfafa (Shaklee)... Waktu berbuka xusah cerita ler... Aku rasa dah makan banyak tapi tak kenyang2... Tapi nasib baik tak malas solat... :) Menu masa berbuka tak kisah asalkan aku kenyang...

Hari ni hari kedua aku berpuasa... Alhamdullillah tak terasa penat & rasa macam biasa jer... Cuma ada rasa lapar sedikit ler... Hari pertama pengeluaran susu merundum sedikit... Biasa sekali pump boleh dapat 5oz tapi masa pump pagi semalam cuma dapat 4.5oz & pump waktu tengahari dapat 5oz tapi masanya lebih lama dari biasa... Tapi hari ke 2 berpuasa aku tersenyum riang... Pagi tadi aku dapat 6oz & tengahari tadi dapat 5oz... Syukur sangat kepada ALLAH s.w.t kerana murahkan rezeki anak aku... Lega sikit perasaan aku pengeluaran susu seperti biasa... Semoga maintain sampai bila2...

Bukan megah atau menunjuk2 tapi aku rasa bahagia bergelar seorang IBU kerana dapat memberikan yang terbaik untuk anak aku... Fokus aku cuma 1 jer... Membekalkan susu dengan secukupnya untuk buah hati aku... Aku mohon agar dapat menyusukan Thaqif selama mana yang boleh... Kalau boleh lebih dari 2 tahun... 

 ~ Hasil pagi tadi... Hasil tengahari tadi tak snap pic ~

No comments:

Post a Comment