Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday 19 August 2011

Check up (5 bulan)

Lamanya aku tak update blog ni... Bukan takde entry tapi aku sibuk sikit dengan customer... Dah lama tak update wajah comel anak ku yang sorang ni... Semalam (18.08.2011) kami bawa Thaqif g check up... Erm agak mengecewakan sedikit berat Thaqif cuma naik 300 gram... Di usia 5 bulan 10 hari berat Thaqif 7kg... Mak aku kata usah risau sebab Thaqif sekarang dah lasak, berat badan pun tak naik sangat... 

Raya ni aku baru nak ajar Thaqif makan... Masa tu usia Thaqif 5 bulan 3 minggu... Kami buat keputusan bagi makan awal seminggu (sepatutnya 6 bulan) sebab masa tu aku cuti panjang & masa tu jer aku boleh ajar Thaqif makan... Dan yang utama sudah tentu sebagai ibu, aku ingin menjadi orang pertama yang memulakan sesuatu aktiviti untuk anak ku...

Selama ni Thaqif hanya minum SI sepenuhnya... Aku harap Thaqif boleh menerima makanan dengan baik... Tak sabar kami nak melihat reaksi Thaqif apabila disuapkan dengan makanan... Semoga menjadi kenangan terindah antara kami bertiga... :)

 ~ Thaqif & ibu sebelum g check up... Abah tak interframe... ~
  ~ Thaqif & wan (melaka) ~
 ~ Lenanya tido ~
~ Wajah terbaru Thaqif sedang tido ~
 ~ Muncung ikut abah :) ~
 ~ Uik muncung ni kalah abah ~
~ Tak tahu pandang apa ni ~
 ~ Comey sungguh anak ibu ~
 ~ 5 bulan 11 hari ~
~ Pelengkap hidup ibu & abah ~

No comments:

Post a Comment