Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Saturday 20 August 2011

Thaqif (5 bulan ++)

Thaqif dah besar!!! Anak ibu semakin hari semakin bijak... Comel sesangat... Dah pandai marah terutama masa menyusu bila ibu pandang tempat lain & tak tumpukan perhatian kat Thaqif... Dah pandai merajuk terutama merajuk dengan abah... Bila abah panggil Thaqif tak mahu pandang... Itu tandanya anak ibu merajuk dah... Bila ibu nak pegi keje & masa tu Thaqif menyusu, ibu akan cakap baik2 pada Thaqif ibu nak pegi keje nanti ibu lambat... Ibu cakap nanti sambung semula nyusu guna botol... Tak lama lepas tu perlahan jer Thaqif lepaskan & sambung tidur semula... :) Dah pandai salam bila ibu & abah hulur tangan... Biasa cium tangan tapi Thaqif jilat :D... Dah pandai hulur tangan & melonjakkan badan bila ibu hulur tangan nak dukung... Dah pandai tengok ibu & abah makan, siap telan air liur... Kalau dengar azan kat tv mata tak berkelip2 & tumpukan sepenuh perhatian... Ibu selalu cakap itulah azan pertama yang Thaqif dengar masa Thaqif dilahirkan di dunia ni & diazankan oleh abah tercinta... Dah pandai tengok cite Upin & Ipin dengan sepenuh perhatian... Ibu & abah pun tumpang sekaki... Bila Thaqif menyusu ibu akan bertasbih untuk tidurkan Thaqif, Thaqif akan berhenti menyusu & renung muka ibu... Selepas tu Thaqif akan sambung menyusu semula kemudian baru Thaqif tidur... Bila tiba waktu malam ibu akan baring untuk tidurkan & nyusukan Thaqif... Ibu baringkan Thaqif dulu & bila ibu baring jer, terus Thaqif pusing mengadap ibu sebab dah siap sedia nak menyusu... Pandainya anak ibu, xsabar2 nak menyusu yer... Hari demi hari Thaqif dah pandai buat macam2 gelagat... 

Sesungguhnya Thaqif adalah kurnia ALLAH yang paling bernilai buat ibu & abah... Kehadiran Thaqif dalam hidup kami mengubah segalanya... Ibu & abah sanggup berkorban apa sahaja walaupun nyawa sebagai galang gantinya... Kepada ALLAH s.w.t, aku panjatkan kesyukuran kepada Mu di atas kurniaan yang berharga ini... Semoga Kau jadikan permata kami ini anak yang soleh & berbudi pekerti mulia.... AMIN










~ Gelagat Muhammad Thaqif Zihni di usia 5 bulan 2 minggu ~

No comments:

Post a Comment