Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday 1 August 2011

Hari pertama puasa & air mata ku berguguran...

Alhamdulillah sampai sudah bulan yang mulia ini... Hari ini hari pertama aku berpuasa walaupun aktif menyusukan Thaqif... Berpuasa bukan halangan & aku akan mencuba selagi terdaya... Syukur kehadrat ALLAH s.w.t walaupun berpuasa, pengeluaran susu seperti biasa... Mudah-mudahan kekal sentiasa... Menu aku di hari pertama berpuasa ialah nasi, lauk sup ayam + sayur, sedikit sambal sardin & air... Lagi satu menu pelengkap ialah 7 biji kurma & selawat atas nabi beserta doa ke hadrat ALLAH s.w.t dgn harapan pengeluaran susu berjalan dengan lancar...

Hari ini subuh2 lagi Thaqif dah bangun mungkin menyambut Ramadhan jugak... Seperti biasa bila di dalam kereta Thaqif akan menyusu & tidur... Bila sampai di rumah pengasuh, aku lihat Thaqif masih lagi mengantuk tetapi dengan keadaan yang sedikit bising membuatkan Thaqif tak dapat tidur... Aku dah tak mampu nak terima keadaan ni... Suasana yang bising & sentiasa hadapkan Thaqif kat depan TV... Macamana Thaqif nak tidur kalau keadaan macam tu... Lepas je keluar dari rumah pengasuh, air mata aku bercucuran... Aku tak boleh nak tanggung semua ni lagi... Tak sanggup aku lihat Thaqif mengantuk bila aku balik dari kerja... Kekadang tu selepas mandi, tak sempat lagi siap Thaqif dah tertidur... 

Aku kenal anak aku & aku yang kandungkan dia selama 9 bulan... Thaqif akan tidur kalau kena pada gayanya... Ni x tidur setakat sejam dua... Macamana Thaqif nak membesar kalau keadaan macam ni... Tapi Thaqif anak yang terlalu baik & akan dengar cakap kami walaupun masih bayi... Thaqif pandai mengambil hati & pandai membawa diri walaupun di usia tak sampai 5 bulan... Thaqif tak pandai meragam, mungkin kerana dia tahu ibu & abahnya kerja... Tapi kami mahu yang terbaik untuk Thaqif... Sampai bila Thaqif nak lalui semua ni... Suasana yang tak sihat untuknya... 

Lama juga aku menangis & mujur ada suami aku yang tenangkan... Aku tak dapat nak tahan perasaan sedih ni... Puas jugak lah suami aku pujuk baru keadaan aku tenang semula... Kami dah buat keputusan supaya Thaqif dijaga oleh mak aku... Pelawaan kami disambut baik kerana mak memang nak sangat menjaga cucunya... InsyaALLAH pertengahan @ penghujung bulan Ramadhan mak akan mula menjaga Thaqif... Semoga keadaan Thaqif lebih selesa & boleh tidur dengan tenang...

Thaqif adalah permata yang paling berharga buat ibu & abah... Kami rela berkorban apa saja untuk Thaqif... Apa yang kami mahu Thaqif hidup dalam suasana bahagia, gembira, selesa, tenang & membesar dengan baik... Walauapapun ibu & abah akan lakukan yang terbaik buat Thaqif... Kami sayang Thaqif... 

No comments:

Post a Comment