Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday 2 May 2012

Our dear big boy...

Sebenarnya aku nak tulis tajuk Gusi Pertama Thaqif tapi bila aku ingat2 semula rasanya banyak lagi entry yang aku nak join sekali... Jadi rasanya tajuk kat atas tu kira merangkumi semula ler... Pertama sekali nak cerita pasal gusi pertama Thaqif... Tengah syok2 mandikan Thaqif tetiba aku ternampak Thaqif dah ada 1 gusi... Ketika tu umur Thaqif dalam 1 tahun sebulan... Cepat betul anak ibu tumbuh gusi yer... Patut ler anak ibu lambat jalan... Takpe doc kata budak berjalan sehingga 1 tahun 8 bulan... Lambat lagi tu... :) Sekarang ni pun dah tunjuk tanda2...

Selain tu, Thaqif sangat suka mandi sampai melepuk2 air (kekadang mandi dalam besen)... Habis kami basah dibuatnya... Tapi kalau mandi lama sikit bila diangkat terus menangis... Payah jugak kami pujuk... Ni kalau bawa ke swimming pool silap2 taknak naik (dulu pernah gak bawa tapi mandi tak lama mungkin kecik lagi)... InsyaALLAH hujung minggu ni kita pegi main air kat PD yer... :)

Sebelum ni Thaqif tak kisah sangat jika diambil tapi selepas 1 tahun ni dah pandai sikit mengenal... Kalau ada orang datang rumah @ kami pergi ziarah rumah saudara, biasanya mula2 Thaqif taknak... Tapi suasana tu tak lama... Lebih kurang dalam 15 minit Thaqif dah pandai biasakan diri... Masa tu Thaqif dah mula mesra dengan saudara kami... Siap landing lagi kat saudara2 kami... 

Oh ya, ada cerita menarik yang ingin kami kongsi... Baru2 ni kami balik kampung Pahang tapi sebelum tu kami singgah dulu di rumah kakak ipar aku sebab nak melawat anak buah kami yang baru lahir (xbaru pun dah 5 bulan pun si Awatif)... Maaf yer kami sibuk sikit sampai tak sempat nak datang melawat Awatif di Temerloh... Selama ni aku jarang pegang baby lain selain anak bujang aku sorang tu... Pernah jugak dulu sekali dua pegang anak saudara tapi masa tu Thaqif kecik lagi...

Tapi masa melawat Awatif, aku pegang ler Awatif tetiba jer anak bujang aku yang comel ni sedih & air mata bergenang tanpa suara (tersedu-sedu lagi)... Aku apa lagi punya ler terkejut & nampak sangat masa tu Thaqif rasa sedih sangat... Alahai anak ibu dah pandai cemburu rupanya... Bila aku bagi Awatif pada umminya, aku terus ambil Thaqif... Masa tu Thaqif peluk aku sangat kuat & macam taknak lepas... Mungkin Thaqif kata "Awatif tak boleh ambil ibu Thaqif, ni ibu Thaqif sorang jer"... Masa tu rasa kelakar sangat, ingatkan Thaqif ok tapi rupanya cemburu... Kejadian ni sama juga berlaku pada abah... Thaqif tak mahu kongsi abah & ibunya ... 

Thaqif tahu tak, Thaqif sorang sajalah permata abah & ibu... Walauapapun kami akan lebihkan Thaqif... Ibu & abah sangat2 sayang pada Thaqif... Keadaan tu tak lama, lepas tu Thaqif tak cemburu sangat mungkin dah biasa & boleh sesuaikan diri... Tapi tetap juga jeling2 bila aku pegang Awatif (sebab umminya tengah makan)...

Apa yang dapat aku simpulkan di sini... Thaqif ialah seorang anak yang bijak & sentiasa manja... Walaupun begitu Thaqif pandai sesuaikan diri dengan cepat & pandai berdikari... Itulah dia anak ibu & abah...

No comments:

Post a Comment