Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday 18 June 2012

Anak bujang saya dah besar...

Sehingga ke hari ini Thaqif dah berusia 1 tahun 3 bulan 1 minggu & 4 hari... Pada petang rabu lepas Thaqif demam & kami berdua cuti untuk menjaganya... Jumaat aku bercuti lagi kerana tak sanggup nak tinggalkan Thaqif walaupun masa tu kesihatan Thaqif agak baik... Alhamdulillah demam Thaqif tak lama kerana kami sentiasa jaram kepala Thaqif dengan air supaya rasa sejuk... Thaqif kurang selera untuk makan jadi hanya susu sahaja yang Thaqif minum untuk menggelakkan lapar... Mujur Thaqif menyusu badan sepenuhnya & khasiat susu badan membuatkan kesihatan Thaqif cepat sembuh...

Semenjak demam ni kami rasa ada perubahan besar pada Thaqif... Manja lebih dari biasa jadi bila dah manja senang nangis, cepat merajuk & cepat mengamuk... Kekadang tu geram jugak tapi nak buat macamana tu ler anak bujang sorang... Pastu makan nak suap sendiri... Mesti ada pinggan & 1 sudu... Selera pulak dah berubah... Yelah ibu tahu asyik makan yang lebih kurang sama jer... Kalau duduk tu dah pandai berundur & punggung tu kalau nak landing tak kisah ler kat mana pun janji boleh letak... Kalau gelak tu siap buat hidung busyuk lagi... Ni yang paling comel, Thaqif suka berkawan & kalau jumpa geng mesti suka & siap2 nak pegang lagi... Selain tu Thaqif dah pandai bergaya bila di hadapan kamera...

Yang paling seronok semalam Thaqif dah mula melangkah setapak dua... Kami sentiasa berharap supaya Thaqif mula berjalan di depan mata kami & akhirnya doa kami dimakbulkan... Semalam kami menyaksikan Thaqif melangkah setapak dua... Dalam hati usah cerita kami gembira sangat... Walaupun Thaqif lambat berjalan tapi kami tak kisah sebab kami tahu Thaqif mampu lakukannya... Kami berharap raya tahun ni Thaqif dah teguh berjalan... 

 Inilah dia anak bujang saya...
Baik punya landing atas riba anak dara orang...
Suka lagi tu... :)
Tengok tu pandai betul bergambar...
Maklum ler bergambar dengan kakak lawa...


Aksi Thaqif & sate ayamnya...
Ini bukan kali pertama Thaqif makan sate...
Tapi sebelum ni disuap oleh ibu...
Tapi kali ni Thaqif pegang & makan sendiri...
Tu yang muka teruja dapat sate...

Kebetulan sate Thaqif dah habis & aku ambil untuk ganti yang baru...
Tup tup Thaqif terus sembamkan muka kat peha aku sebab ngajuk sate kena amik...
Bila bagi sate baru terus suka...
Ni petanda anak ibu dah semakin bijak...

No comments:

Post a Comment