Monday, 16 May 2011

Kehadiran Permata Hati

Tanggal 3 April 2010 aku telah menjadi isteri orang... Alhamdullillah aku dikurniakan seorang suami yang baik & penyayang... Setiap saat kami menanti dengan penuh sabar jikalau ada berita gembira... Genap 2 bulan 2 minggu usia perkahwinan kami kitaran haid ku lewat... Dalam hati berdoa agar ada berita baik.... 

Kami menanti penuh sabar sehingga 2 minggu... Pulang dari kerja kami terus ke Mid Valley untuk membeli alat ujian kehamilan... Dengan perasaan tak sabar, malam tu juga aku buat ujian kehamilan... Menitik air mata ku bila aku lihat tanda positif... Malam tu jugak aku ke klinik untuk pastikan berita gembira ni... Jawapannya tetap sama aku bakal menjadi seorang ibu...

Alhamdullillah aku mengandung 6 minggu... InsyaALLAH awal Mac 2011, aku akan melahirkan bayi comel... Berita ni aku kongsikan dengan semua saudara & rakan-rakan... Perasaan kami hanya tuhan yang tahu... Semoga bayi ku sihat & sentiasa diredhai ALLAH s.w.t...

No comments:

Post a Comment