Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday 7 June 2011

Di sebalik nama indah itu...

Lagi satu entry yg aku terlepas... Tapi xpe le sama jer kan... Masa aku mengandung ramai kate aku akan dapat baby boy kerana bentuk perut aku yg ke depan... Bagi kami xkisah boy @ girl asalkan sihat & selamat... Masa aku mengandung, kami ada jugak pilih2 nama baby boy & girl (beserta makna mengikut Islam)... Ada jugak ler nama yg menjadi pilihan kami... Masa aku mengandung kebiasaannya kami akan berbual dgn baby sebagai rangsangan & proses ini baik utk baby... Sebelum dapat nama, kami akan memberi gelaran BABY untuk berbual dgn anak kami... Tapi selepas kami memilih nama yg sesuai, nama tersebut kami gunakan utk berbual dgn anak kami...

Masa check up bulan ke 7, doc scan kandungan aku... Masa tu ler kami tahu jantina baby... Doc kate 80% baby kami ialah baby boy... Tapi bile kekawan & parents tanya, kami xnak jawab sbb nak bg suprise :D... Bila tahu jer baby boy kami terus carik nama yg sesuai... Satu ari tu dalam keta masa kami nak balik dr keje aku tanya husband nak nama apa utk baby kami... Kebetulan seblm tu aku dah carik cuma nak gabungkan saja...

Kami memilih 3 perkataan.... Sekiranya boy nama depan mesti bermula dgn M (sama dgn nama aku Massurah), nama tengah kami tak kisah & nama akhir mesti bermula dgn Z (sama dgn nama husband aku Zunnun Zubaide)... Masa dlm kereta tu aku saja sebut nama yg aku rasa sedap didengar & husband aku pun setuju... Mungkin sebutannya menarik beserta maksudnya yg baik...

Kami memilih nama MUHAMMAD THAQIF ZIHNI.... Muhammad bermaksud Yang Terpuji (nama nabi kita)... Thaqif bermaksud bijak & cepat faham... Zihni bermaksud kefahamanku, kekuatan akalku... Walaupun nampak panjang tapi maksudnye sama... Seorg yg terpuji, seorg yg bijak, cepat faham & mempunyai kekuatan akal yg baik... Mudahan dgn panggilan THAQIF anak kami akan menjadi org yg bijak & cepat faham dlm semua perkara (dunia & akhirat)...

No comments:

Post a Comment